Pages

Saturday, November 27, 2010

"Usahkan ke bulan, kalau matahari pun di jejaki. Usahkan badan sendiri, kalau tidak dibiarkan berdaki"

Yang dah terbukti pun di pertikaikan.
Entri kali ini, saya ambil sedikit sebanyak isi nya daripada buku Dr HM Tuah Iskandar al-Haj. Saya rasa tak apa kot ambil sedikit je, sbb saya nak kongsikan ttg yg ini. Lebih kurang sama dengan banyak hal yg jadi. Dalam banyak2 bab yg saya dah baca, saya tertarik dengan 1 bab ini. Lebih kurang dengan kebanyakan yg jadi dalam kehidupan manusia sehari-harian. Bila mana ada satu individu atau kumpulan ini telah berjaya, tapi tetap ada orang yg pertikaikan. Yg dah terbukti pun di pertikaikan, apatah lagi yg buktinya tidak berapa utuh.

Anda pernah dengar kan nama Neil Amstrong?
Alaa, manusia pertama yg jejakkan kaki ke bulan tu. Takkan la anda tak tahu? Kalau tak tahu anda search je kat Google. Itu kan sejarah, bukan saja sejarah Amerika sana, malahan sejarah dunia bukan? Bukan senang tau nak ke angkasa lepas. Berapa tan berat bahan bakar dia nak gunakan untuk cetuskan daya tujahan supaya kapal angakasa tu terbang ke luar sana pun saya tak ingat, tapi banyak lah. Kosnya, tentu lah telan lebih berjuta dolar. Masa nak terbangkan kapal tu pun, berapa ramai orang saksikan. Masuk tv lagi tu kan. Bila dah sampai, Neil Amstrong pacakkan bendera pun ada rakamannya. Selepas dari itu, pernah juga saya dengar cerita beliau dengar laungan azan di atas sana, di bulan. ALLAHUAKBAR. Kuasa TUHAN tu tersangat besar. Saya rasa ramai juga yg pernah dengar cerita ini kan? Tapi yg saya nak ceritakan bukan tentang kisah yg itu.

Bila dah sampai ke bulan, dan selamat pulang ke Bumi balik pun. Ada pihak-pihak tertentu yg mempertikaikan keupayaan manusia mendarat di bulan. Senang cakapnya mempertikaikan sama ada betul atau tak Neil Amstrong menjejakkan kaki ke bulan? Mereka kata itu propaganda Amerika untuk mengaburi masyarakat dunia konon mereka bangsa yg paling berteknologi tinggi sampai boleh sampai ke bulan. Sebenarnya benda tu di buat di studio. Kata mereka, di bulan tak ada angin. Tapi kenapa bendera Amerika macam berkibar pula di bulan?

Kalau betul tipu pun, mereka ada imaginasi.
Kalau kita nak pertikaikan, kita memang boleh. Macam Twin Tower Petronas, kalau kita nak pertikaikan pembinaanya memang boleh, tapi kalau kita nak bekerja ke arah pembinaannya pun boleh. Yang jelas, kalau kita terus bina, akhirnya akan jadi kenyataan.

Yang kita nak pertikaikan sangat tu kenapa? Pasal apa? Sama ada betul atau tak bukan masalah sangat, yg masalahnya apa yg anda dapat daripada pencapaian tu? Sama ada mereka sampai di bulan atau tak, kita peduli apa? Yg kita nak bina ialah semangat kita macam mana?

Kalau betul mereka tipu pun, sekurang-kurangnya mereka ada imaginasi ke bulan dan mengusahakannya walaupun tipu. Awak? Kejayaan manusia ke bulan ni telah memotivasikan berjuta-juta manusia di seluruh dunia. Tu kalau di ambil yg positifnya, kalau nak ambil negatifnya, hah, pertikaikan lah sampai mati. Kebanyakan dari cerita ini saya ambil dari buku karangan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.

Lepas turun dari bulan tu, mesti lah masing2 angkasawan tu ramai org nak temubual. Bila ada orang pertikaikan cerita ini kepada salah seorang angkasawan itu, dia dapat penumbuk. Tak pasal-pasal kena tumbuk sebijik. Siapa tak sakit hati? Kalau anda dekat tempat angkasawan tu tentu anda sendiri pun tentu sakit hati. Cuba kata, "Wah, awak dah sampai ke bulan ya. Saya ni walaupun tak sampai ke bulan, semangat saya nak bekerja keras macam nak pergi ke bulan." Kan bagus macam tu?

Kalau pun betul jual dadah, ambil positifnya.
Lebih kurang je lah cerita macam ni dengan yg jadi kat sekeliling saya, walaupun cerita dia berbeza sikit. Macam ada org muda ni berjaya, dah boleh beli kereta sendiri, baju mahal2, mesti ada punya org cakap, "Budak ni jual dadah ke ape?" Sedapnya mulut main cakap je tanpa soal selidik. Kalau betul pun dia jual dadah, anda tetap boleh ambil yg positifnya. Tapi jangan lah anda ikut jual dadah sekali.

"Usahkan ke bulan, kalau matahari pun di jejaki. Usahkan badan sendiri, kalau tidak dibiarkan berdaki"