Pages

Thursday, November 4, 2010

Golongan sederhana di Malaysia kini berpendapatan RM21,000 sebulan.

Jadi yg gaji bawah RM21,000 tu golongan miskin ke? Hahh, ini saya nak cerita. Dulu masa di kampung, ada lah pemaju perumahan ni tambah lagi 1 kawasan kediaman kat situ. Bila ada projek perumahan, mesti la ada hero2 Indonesia dtg mmbantu kita. Yg macam Irwansyah ada, tp sayang lah die x perasan dia hensem. Haha. Gurau saja. Pendek cerita, satu petang tu saya jalan-jalan. Nampak seorg Indon ni tgah kerja, sebab rasa ingin tahu tu kuat. Saya pun pergi la sembang dgn dia. (cuma nak tahu gaji nye berapa. Berbaloi ke dgn kerja berat). Sembang punya sembang, saya pun tanya la gaji dia berapa. Bukan saja sikit, malahan x dapat 1 sen lngsung pun! 8 bulan kerja pun x dpt gaji! Oh ya, Rataka namanya, si warga Indonesia ni td. Selang 3 bulan kemudian, saya perasan lah dia dah x de kat tapak projek tu lg. Jadi saya pun bertanya lah dekat kawan dia, mana Rataka. Mereka cakap, Rataka dah lari. Sebab bos x bayar gaji. Setahun kerja pun x dpt gaji? Ya ALLAH. Kasihannya lah. Tapi nak buat macam mana kan, dia dtg pun x ada permit. Kalau dia ugut bos, bos panggil Imigresen.Terlupa pula, Rataka ni sangat lah baik sifatnya. Suka sgt tolong org. Rumah saya, dia tolong cat kan. Bila saya bg upah, dia tolak! Baiknya dia ni, tapi nasibnya malang dapat majikan yg x bertanggungjawab. Hmm, ntah la manusia ni. Macam2 ragam nya.


"Ini sebenarnya ceritanya, baru je nak mula"

Lepas 2 tahun, baru lah projek perumahan tu siap. Sekali dgn CF. CF tu certificate lah. Taman Perumahan makin besar, penduduk makin ramai. Orang kata, mesti awek pun ramai. "Ahhh, buat apa awek. Muda2 nak cintan cintun buat apa. Nnt dah besar karang aku suruh je mak ayah aku kahwinkan aku." Haha. Saya bergurau saja. Balik pada cerita td, bila dah ramai pnduduk, ketua taman perumahan pun cadangkan buat jamuan, doa selamat sekali lah. Bila dah habis majlis, balik la rumah. Saya ni suka duduk di luar rumah, sambil main gitar. Siap ada buat lagu sendiri lagi. Ada rezeki nnt, masuk radio lah lagu saya. Cuba lah dengar ni, http://www.mediafire.com/?jd6s6ec9rylf4le . Oops lari dari cerita pulak dah ni. Then, tengah syok saya layan perasaan main gitar tu, tiba2 ada sebuah kereta mewah buatan Toyota. Dua kali lalu depan rumah saya, asal lalu je mesti dia bawa perlahan. Takut saya di buatnya. Sebab takut rumah kena rompak ke ape ke, saya tak lari, saya berlagak 'cool' je. Tapi macam mana pun saya dah bersiaga lah. Takut apa2 jadi. 


Tidak lama selepas tu, dia lalu lagi depan rumah saya. Tapi kali ini dia berhenti terus! Takut lah saya, orang naik kereta mewah macam tu berhenti depan rumah. Dengan cermin gelapnya, mana saya nak nampak pemandu. Ceti haram ke? Mana ada kami berhutang. Lepas tu, pemandu pun keluar dari kereta. Terus terkejut saya. Macam tengok hantu. Terus saya jerit. ""Ya ALLAH! Rataka!"  ~~~


Sementara ada masa lapang ni, boleh la update apa2 yg patut. Takut pula kalau takdirnya esok. Dah x dapat nak 'blogging' lagi. Saya ni, muda mmg lah muda lg. Sihat pun, alhamdulillah sihat walafiat. Tapi, jangan sekali2 kita tertipu dengan usia muda kita. Jangan tertipu dengan sihat nya kesihatan kita. Mana ada ajal nk tggu kita tua, tggu kita sakit tenat. Selalu2 lah doa minta umur panjang.

Ok, cool. ! Awal pg ni nnt Final Piala Dunia 2010. Sepanyol lawan Belanda. Sekarang baru pukul 8 lebih. Ahh, kene tggu jugak lah. smpai pukul 2 pagi nnt. Ni pun baru je lepas makan, dan sekarang tengah rehat2 kan badan kejap. Tp sejenak td masa nak balik ke rumah, nampak ramai warga asing balik dari kerja. Pukul 8 baru diorang balik dari kilang tempat kerja mereka. Pergi kerja pukul 6pagi. Pukul 5.30 diorang dah tunggu bas kilang ambil mereka. Dekat 14 jam mereka kerja. Wah, mereka ni robot barangkali. Tapi kali ni x sempat saya nak bersembang pasal apa2 pun dgn mereka. Mereka sibuk dgn perihal masing2. Hobi saya, masih tetap sama walau pun dah bertahun lama. Duduk di halaman rumah sambil bermain gitar, walaupun sebentar.
Tengah syok main gitar 2, sekilas terpandang wajah 1 warga Indon yg baru balik kerja td. Mukanya seiras dengan seseorang. Dan tntu mngingatkan saya, pada cerita setahun yg lalu.


~~~ "Ya ALLAH! RATAKA! Kereta kau ke tu?" tanya saya. Terkejut saya, dia bukan lagi buruh kasar seperti dulu. Tapi dia sekarang usahawan yg berjaya. Dia pun bercerita kepada saya, tentang apa yg dia lalui selepas dia melarikan diri. 

Selepas Rataka tidak tahan lagi, dia melarikan dirinya ke Kota Raya. Di mana dia nampak banyak peluang untuk dirinya di sana. Mulanya, dia bekerja di sebuah kedai makan. 2 bulan dia kerja di situ. Duit gaji di simpan, untuk memulakn perniagaan. Long story short, dia menjual air, dengan harga 1 cawan RM1. Sampai 1 ketika, dia sudah boleh meraih untung bersih sebanyak RM100 sehari. Mempunyai sifat keusahawanan, dia pun membuka 1 lagi gerai mnjual air, tapi gerainya adalah basikal! Takut dicekup pihak berkuasa. Dia menggajikan kawan senegaranya yg juga tidak mmpunyai permit. Hampir setahun, dia telah menggajikan 6 rakannya untuk menjual air. Gerai jualannya, termasuk Rataka sndiri ada 7 setelah 10 bulan berniaga. Dan pada masa itu, purata keuntungan bersih untuk setiap 1 dari 7 gerai itu adalah RM100. Mari buat perkiraan, 7 gerai darab dengan RM100.

7geraixRM100= RM 700

Dia dan rakannya bekerja tanpa cuti. 30 hari sebulan. Jika sehari untung RM700, darab dgn 30 hari.


30harixRM700=RM21,000 !!!


Sekarang, Rataka sudah mmpunyai syarikat nya sendiri di Malaysia. Dan sekarang dia datang ke Malaysia bukan lagi secara haram.

"Woi, apa kau menung lama sgt 2?" Jerit kawan saya. Terus tersedar saya. Teringatkan kisah si Rataka, buat saya lebih bermotivasi untuk berniaga. Cerita ini juga lah saya sampaikan kepada kawan2 saya, supaya mereka pun bermotivasi untuk berniaga. 

Bila kita berniaga, kita sebenarnya mencontohi kerjaya Baginda Rasulullah S.A.W secara tidak sedar. Tidak begitu kawan2?

Rataka, warga Indonesia yg dtg ke Malaysia untuk mencari rezeki, kini lebih kaya dari rakyat Malaysia sendiri. Jika Rataka yg tiada taraf bumiputra boleh berpendapatan RM21,000 sebulan, mngapa tidak kita?  Jadi pada pendapat saya, untuk mencapai taraf golongan sederhana, pendapatan mestilah lebih dari RM21,000 sebulan. 

Semoga cerita ini, memberi manfaat yg baik untuk semua. Renung2kan~~~

Assalamualaikum.