Pages

Wednesday, November 10, 2010

Lets be S.M.A.R.T

Hai semua, dan assalamualaikum.~

Dalam entry yg lepas, saya ada certa sedikit tentang prinsip S.M.A.R.T kan? Selalu kita dengar ramai orang cakap, 'Study smart' la, 'Work smart' la. Tapi apa Smart 2 kalau x de maksud nya? Dan dalam entry yg lepas, saya ada cakap nak ceritakan lebih lanjut lg prinsip Smart saya.


S.M.A.R.T
Specific.
Measurable.
Affordable.
Realistic.
Time.

Specific.
Specific, atau dalam carian
Kamus Dewan edisi 4, khas, atau khusus. Boleh juga kita tafsirkan sebagai lebih terperinci. Spesifik yg saya maksudkan di sini adalah pengkhususan dalam setiap apa yg anda lakukan. Sama ada apa yg anda rancangkan pun. Dalam apa perancangan anda, dan anda merancang dengan lebih terperinci, itu adalah cara yg profesional! Mungkin anda tidak sedar kan. Anda merancang untuk beli kereta 5 tahun akan datang. Tapi tahu kan, semua orang merancang. Yg mmbezakannya adalah cara masing2. Saya ada 1 cara yg boleh menjadikan anda lebih profesional dari yg dulu. Mudah sahaja. Untuk anda merancang hendak membeli kereta, anda fikirkan lah lebih detail lagi. Seperti model kereta. Sport rim apa yg hendak anda pakai. Kereta berapa cc. Dibeli dari pengimport kereta yang mana. Warna apa. Senang cerita, semua spesifikasi anda dah fikirkan. Sampaikan ejen kereta pun x berani lawan dengan anda. Hahh. Senang sajakan. Kalau hendak kahwin pun, rancang dengan spesifik. Majlis di mana. Besar atau kecil. Upah katerer mana. Kalau nak beli rumah pula. Rumah tu atas bukit ke, dekat dengan pantai ke. Nilai rumah tu berapa. Contoh ya, RM503,352. Yelah rumah sekarang dah mahal. Lagi pun x kan lah nak target murah. Kita kena lah yakin. Lepas tu tambah lagi. Rumah tu berapa bilik. Keluasan berapa meter persegi. Kan khusus semua tu.

Measurable.
Boleh di ukur kira. Pastikan kerja yg anda lakukan itu boleh di kira. Yang anda tahu berapa nilai kerja anda. Kalau contoh lah anda bekerja dengan satu2 majikan, anda tahu kan gaji anda bekerja 1 jam berapa ringgit? Jadi anda boleh darab kan dengan berapa jam waktu bekerja anda. Tapi kalau anda tidak tahu berapa gaji anda? Berani x anda nk kerja? Dibuatnya kalau tiba2 kang dah anda kerja tapi gaji nya sikit. Hahh. Padan muka. Siapa suruh x kira awal2. Itu yg bekerja. Kalau yang berniaga mestilah kena tahu. Kalau semua kerja anda x diukur kira, silap haribulan karang habis lingkup bisnes anda! Nak berniaga, main berniaga je.

Affordable.
Setiap perkara yang hendak dilakukan ini biarlah yang mampu. Yang ini anda sendiri pun dah boleh fikirkan dengan mudah. Anda boleh bayangkan beberapa contoh kan. Yg masih x faham, saya bg contoh ini. Anda cuma ada Sijil Pelajaran Malaysia, dan anda hendak memohon kerja di satu syarikat ini. Bolehkah anda memohon pangkat pengurus? Tentu tidak. Pengerusi tentu sekali tidak yakin dengan kelulusan yg anda ada. Dan anda tidak pun pernah menjalani Latihan Industri(L.I). Jadi secara praktikalnya pun anda sudah tidak mampu. Saya cuma cakap KALAU sahaja kan. Tapi kalau secara tiba2 ada yg sama seperti dalam cerita saya ini, anda jangan marah saya tau? Orang yg x sambung belajar ni bukan x de masa depan. TUHAN tu kan maha adil. Kalau berusaha bersungguh-sungguh. Selalu doa, TUHAN bg la ganjarannya nnt. InsyaALLAH..

Realistic.
Realistic ni sama lah dengan logik. Kalau nak fikirkan sesuatu, biarlah yg logik. Dah besarkan? Takkan lah kalau orang tanya nnt dah habis belajar nak jadi apa, anda cakap nak jadi Super-Hero macam Superman lah. Tu kan x realistik. X pun anda cerita kat orang yang anda hendak buat rumah kat tengah laut. Nnt karang orang suruh anda masuk Raja Lawak pula. Sebab cakap benda yg x masuk akal. Silap2 di gelar pula penipu. Sebab lakukan sesuatu yg x realistik. X masuk akal. siapa yang nak terima? X de siapa pun nak terima apa yg anda cakap. Jadi, be realistic. Tak susah pun. Kan anda dah besar...


Time.
Tak perlu la tengok kamus untuk cari maksud 'time' dalam bahasa kan. Semua orang dah sedia tahu apa maksudnya. Masa. Banyak maksudnya, dan tersangat penting. Bak kat pepatah, Masa itu Emas. Itu menunjukkan betapa bernilainya masa. Jadi, kalau anda merancang sesuatu, jangan lupa untuk letakkan sekali jangka masanya. Jika anda nak lakukan sesuatu pun, tetapkan masa awal-awal. Supaya anda boleh lebih bersedia.

Itu lah prinsip S.M.A.R.T yg saya sering kali gunakan dalam merancang dan melaksanakan sesuatu. Kelima-lima faktor ini sangat penting dan related to each other. Anda boleh gunakan prinsip ini, dan tambahkan sesuatu jika anda fikirkan baik untuk anda. Saya suka panggil cara itu, "resepi sendiri". Saya rasa anda semua boleh faham dengan apa yg saya cuba sampaikan di atas. Jika masih ada sebarang keraguan, anda boleh cari kami di Facebook. -lihat kotak di sebelah kiri yg paling atas- Jika kadang2 saya sedikit lewat, maafkan lah saya. Saya selagi mampu akan cuba untuk sentiasa membantu sesiapa. Cuma kadang-kadang masa yg tidak menyebelahi kita. Harap enrti kali ini dapat memberi manfaat yg banyak kepada semua pembaca2 sekalian. 

Assalamualaikum...