Kenapa ya, asal bercakap tentang sesuatu mesti selalunya kita sebut yg negatif. Lebih2 lg dalam menilai sesuatu, ataupun menilai orang. Cuba ingat2 balik, kalau tengah sembang-sembang dengan kawan2, mesti ada sebut pasal seseorang. Kalau orang yg di sebut2 2 mmg teruk perangainya, mmg di kutuk hebat lah. Kadang2 org yg berjaya pun, jd mangsa masing2. Masa muda2, awal 18 tahun, semua dah boleh wat bisnes MLM (Multi-Level-Marketing). Yg buat tu bagus lah, ada usaha untuk majukan diri. Yg x buat Multi-Level-Marketing, depa orang buat MLM jugak, tapi Mengata Lebih Masyuk. MLM jugak 2 kan?
Haha. Gurau saja. Dulu ada la kawan saya yg berjaya juga lah dalam membina marketing sendiri. Anda rasa sebab itu rezeki dia sahaja ke? Kalau begitu pemikiran anda masih lg tidak merdeka. Ini adalah kerana ketekunan yg ada dalam dirinya. Kalau kita rajin, mesti la TUHAN bg rezeki kat kita. Mana ada TUHAN tu kejam. TUHAN selalu bg yg setimpal dengan apa yg kita buat. Tapi kawan2 dok sibuk mengata dia, sedangkan dia dah berjaya ni! Mengata org lain, sebab dia malas nak berusaha. Mengata org lain, sebab nak tutup kemalasan diri nya. Contoh ye, ini saya bg contoh. "Eleh, dia tu. Boleh la muka hensem. Mestilah orang semua ikut dia." Eh, nak berniaga kena hensem ke? Logik tak alasan tu bg anda? Itu alasan sebenarnya. Saya teringat satu ayat ni....
Haha. Gurau saja. Dulu ada la kawan saya yg berjaya juga lah dalam membina marketing sendiri. Anda rasa sebab itu rezeki dia sahaja ke? Kalau begitu pemikiran anda masih lg tidak merdeka. Ini adalah kerana ketekunan yg ada dalam dirinya. Kalau kita rajin, mesti la TUHAN bg rezeki kat kita. Mana ada TUHAN tu kejam. TUHAN selalu bg yg setimpal dengan apa yg kita buat. Tapi kawan2 dok sibuk mengata dia, sedangkan dia dah berjaya ni! Mengata org lain, sebab dia malas nak berusaha. Mengata org lain, sebab nak tutup kemalasan diri nya. Contoh ye, ini saya bg contoh. "Eleh, dia tu. Boleh la muka hensem. Mestilah orang semua ikut dia." Eh, nak berniaga kena hensem ke? Logik tak alasan tu bg anda? Itu alasan sebenarnya. Saya teringat satu ayat ni....
"Kalau anda bagi alasan, anda bagi alasan untuk berjaya"
Haa! Nak bg alasan lg? Silakan lah. Tapi jgn salahkan saya kalau apa-apa jadi oke? Asyik2 nak mengatakan sesuatu tu, yg negatif je. Tapi jarang kita dengar, "dia tu memang patut berjaya sebab dari kecil kuat berusaha. Dia sanggup buat apa saja untuk hidup. Dia memang hebat!" Contoh lagi lah. X puas bg 1 contoh je. Yg ini kawan dekat saya, org sibuk mengata dia. Sedangkan dia dah berjaya. Bukan dia saja, family dia pun sama. Dah naik taraf kehidupan diorg. Tapi ada sekelompok org ni cakap, "Boleh la dia tu, mak dia tolong." Haihh. Diorang x selidik pun apa2. Main cakap je. Sebenarnya, mak dia cuma tolong ajar asas bisnes je. Yg lain semua dia buat sendiri. Dan dia belajar dari pengalamannya sendiri! Walaupun org sibuk mengata dia, tapi dia tetap berjaya, dan semakin berjaya. Yang sibuk mengata tu, apa jadi kat diorang? Haa,,
Tepuk dada, tanya lah hati sendiri!
Begitulah sifat dan manusia yang kurang memikirkan impak atau perasaan orang lain bila berkata sesuatu. Tidak pernah berfikir seribu kali biarpun orang itu pernah dikenalinya atau tidak.Biarkan lah mereka dengan pemikiran yang tidak merdeka. Bagi kita yg sedar, kita yg melakukan sesuatu, x kisah la apa pun sesuatu itu. JANGAN, sekali pun kita lemah dengan apa yang orang cakap. Jadikan itu, sesuatu yg buat kita nak bekerja dgn lebih keras lagi.
Walaupun nnt kita dianggap negatif di mata mereka, namun mereka tidak menyedari bahawa kadang2 kita lebih hebat dan luar biasa bagus daripada mereka. Sebab apa? Sebab kita lakukan sesuatu itu sampai jadi. Ya! Kita mesti lakukan sesuatu pekerjaan sampai jadi. Jangan berhenti separuh jalan. Cuba bayangkan situasi ini, anda tauke kedai makan. Anda suruh pekerja anda basuh pinggan. Dia pun basuh. Tapi belum siap lagi, dia terus nak rehat. Kalau tukang basuh pinggan ok lagi kot tapi kalau tukang masak anda?! Belum siap masak lagi dah berhenti. Sedangkan pelanggan dah tunggu tu. Ramai pulak tu. Apa jadi? Habislah bisnes anda. Sebab pekerja buat kerja separuh jalan. Itu pekerja. Kalau anda bos, anda jaga kebajikan pekerja2 anda juga separuh jalan. Macam mana pekerja nak komited? Oh ya, kalau tiada komitmen, macam mana nak buat kerja sampai habis. Apa pun yg anda buat, berikan komitmen sepenuhnya.
~Oh ya, saya nak tulis blog ini pun ada orang mengata saya tau. Tapi, pedulikan lah orang kata. Saya ada komitmen, dan saya tak akan berhenti selagi saya tak capai matlamat saya!
Lepas ini kan, kalau ada kawan2 yg malas, tegur je. Macam Abu ni, cepat sgt putus asa(Pesimis). Saya tegur lah, "Kau ni, Abu... cepat betul putus asa. Buat ajelah sampai jadi." Apa kita nak buat dengan orang seperti Abu yg senang sgt putus asa dengan setiap cita-cita yang dilakukannya?
Tepuk dada, tanya lah hati sendiri!
Tradisinya, orang salah faham & tanggapan tidak pernah betul jika kita berusaha menjadi yg terbaik dalam apa jua bidang. Begitulah, Manusia akan lemah oleh psikologi dan manusia juga boleh kuat oleh psikologi! Jadi, anda harus tahu, kuasa minda sangat kuat pengaruhnya terhadap diri sendiri. Kalau psikologi anda mengatakan anda seorang yang lemah, senang dibuli, itulah anda. Kalau anda memiliki psikolgi yg baik, anda boleh lebih berjaya lagi. Eh, bukan boleh berjaya. Anda memang akan berjaya! Tapi ingat, jangan buat kerja separuh jalan.
~Manusia boleh lemah oleh psikologi dan manusia juga boleh kuat oleh psikologi!~
Anda tahu tak? Anda tahu tak? Anda tahu tak? Psikologi yang mantap adalah pencetus kecemerlangan yang paling tepat? Cuba anda renung sejenak, Kita memang suka memperkatakan hal orang lain, malah sentiasa menutup kelemahan sendiri. Betul tak? Betul kan? Dah la jangan nak menipu. Kadang2 saya pun jadi macam tu jugak tanpa sedar. Tapi kalau tersedar juga masa tu, cepat2 saya beristighfar. Memohon keampunan TUHAN atas kekurangan diri saya. Jangan lah bersikap begitu. Psikologi yang hebat, datang dari motivasi diri. Banyak cara untuk dapatkan motivasi. Kalau saya, kadang2 saya gunakan peribahasa, tapi saya tokok tambah sendiri. Supaya datang impak dalam hati saya. Saya juga baca hadis-hadis dan sunnah Nabi. Juga tafsiran al-Quran. Tak payah 1 al-Quran. Surah al-Baqarah pun dah cukup banyak cakap tentang kehidupan. Dari situ, saya gunakan konsep aplikasi kan sesuatu kedalam sesuatu. Biar jadi lebih baik. Senang kata, saya cuba cari resepi sendiri untuk berjaya!
"Saya dah cuba motivasikan diri, tapi x berjaya pun?"
Haahhh! Tepuk dada, tanyalah hati. Selalunya, kalau ada orang cakap macam ni dekat saya, saya ceritakan kisah2 orang yg berjaya. X perlu lah ceritakan pasal Lim Goh Tong, Richard Bronson. Saya cerita pasal orang jual burger je. Yg sekarang dah kaya. Dah ada banyak franchais pun dia tu. Sebab kadang2 kisah orang ni, boleh dijadikan teladan. Ambil iktibar. Boleh di jadikan bahan untuk motivasi diri.
Binalah motivasi untuk kita menjadi manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Jangan berhenti lakukan sesuatu sehingga jadi. Pemikiran perlu positif, dan disiplin amat penting dalam apa jua perlakuan. Rakyat Jepun dan disiplin mereka lah punca kemajuan mereka sekarang. Jika kita berpemikiran sebegitu, anda akan menjadi hebat, atau "Awesome!" Biar orang lain lihat melihat diri anda hebat dan luar biasa.
Berfikirlah agar anda memperoleh kecemerlangan dan jadilah diri anda sendiri.
Oh ya. Tepuk dada, tanya lah hati sendiri!Assalamualaikum~