Pages

Saturday, November 6, 2010

Maju ke hadapan, jangan mundur lagi.

Assalamualaikum =)
~~~ Dah lama rasanya tak update entry. Haha. Sedangkan baru semalam update, cakap macam ni pula. Sekarang ni, boleh la selalu2 update. Sebab ada masa 'free'. Mungkin lepas ni, x selalu ada masa kan. Sebenarnya sekarang ni pun dah x de masa sgt. Tapi, sbb excited barangkali. Yelah, benda baru buat kan. Huhu~ Siapa2 yg ada benda baru yg seronok bg die, mst die asyik guna atau tengok atau apa pun lah yg sewaktu dengannya? Anda sendiri pun mcm 2 kan? Kalau masih x faham, bayangkan situasi ini. Di mana ketika anda kecil lagi. Mungkin 6 atau 7 tahun. Kemudian anda dapat basikal. Saya ingat lagi, dulu saya dapat basikal tapi tak pandai nak bawa. Haha. Tahu x apa saya buat? Saya sorong je basikal tu. Punyalah excited kan masa kecik. Bila dah pandai naik, habis ke sana ke mari saya naik basikal tu. Anda cuba lah ingat masa kecil2 dulu, apa yg anda seronok sgt. Dalam 'ketidak-logikan' pemikiran kanak2 kecil ni, tetap masih ada yg berguna. Macam yg saya pernah cakap, ambil iktibar dari apa pun. Dan aplikasi kan sesuatu yg baik, ke dalam sesuatu yg baik, untuk sesuatu yg lebih baik.


"Pentingnya pengalaman"
Masa kecil2 kita dulu, ada x kita fikir pasal hal dunia? Politik ke, ape ke? Tak de ape yg perlu d risaukan masa kecil2.  Kdg2 bila teringat, rasa macam nak jadi kanak-kanak balik je. Berangan yg camtu x elok pun. Sbb in real-time, makin hari makin tua la kita. Sepatutnya, setiap apa yg kita lalui smnjak dari kecil lagi kena la ingat. Itu kan pengalamanPengalaman tu tersangat lah penting. Tanpa pengalaman, macam mana nak maju? Cuba kamu apply kerja, lebih2 lagi untuk jawatan 'admin'. Kalau x de pengalaman, susah taw nak dapat. Kawan saya, dia ada Diploma in Biz Management. Dia dpt kerja, tapi taraf gaji sama dengan lepasan SPM! Lepas dah bekerja lama dgn satu syarikat ni, dia pun apply dkt syarikat lain. Dan kali ni dgn pengalaman kerja sebelum ni, baru lah dapat gaji lebih dari yg sebelumnya. Pengalaman tu sangat penting sebenarnya. Ia dah tentu sekali mempengaruhi banyak aspek kehidupan. Sebut saja apa-apa pun. Memandu? Bisnes? Semua tu perlukan pengalaman. Kalau x de pengalaman, susah untuk satu-satu kerja ni dpt dilakukan dengan sempurna.

Siapa kata orang berusia lebih banyak pengalaman?
Ramai orang cakap macam tu. Bagi saya ini tidak berapa tepat. Setiap org, pengalamannya berbeza2. Jadi, bergantung lah kepada individu masing2. 1 lagi, saya selalu nampak org berusia (usia dah dekat sama datuk saya) d kedai Nombor! Tahukan kedai nombor? 4d sport toto, apa tah lagi nama nya. Saya pun x ingat. Kalau banyk pengalamannya, tentu-tentu dia dah dpt kifarah dari TUHAN. Tp ttp berjudi walaupun umur dah tua. Jd logik kah kalau kita nak kata org berusia lebih banyak pengalamannya dari kita? Haah, jadi kepada yg lebih tua, jangan lah rasa anda lebih berpengalaman dari org lain yg lebih muda dari anda. Kerana.... ~
Bagi saya, usia bukan ukuran.
Usia bukan ukuran
Cukup lah dengan yg si tua respek yg muda dan si muda hormat kepada yg lebih tua dari mereka. Itu aje lah yg patut di ambil kira jika usia ttp di jadikan ukuran. Tapi, untuk hal yg lain, jangan lah kerana umur kawan tu muda, anda rasa dia x setaraf anda. Jangan menilai seseorang drpd berapa umurnya, tapi nilai lah dengan status yg d milikinya sekarang. Setuju dgn pendapat saya? Kalau tak setuju, saya sedia untuk bincangkan perkara ini dengan lebih lanjut lg. Untuk fahaman semua, ada sedikit contoh. Pak Mail nak kahwin lagi. Dlm kampungnya ada 2 orang perempuan. Yg seorang ni Tijah, berumur 35 dan masih bujang. Yg seorang lagi Lili. Baru berumur 20 tahun. Tapi dia sudah berumah tangga. Dalam keadaan sekarang, yg mana satu Pak Mail boleh kahwini? X kan lah Lili sbb dia muda lagi? Tidak kan? Sudah tentu Tijah kerana statusnya masih bujang lg!

Maju ke hadapan, jgn pandang undur belakang lagi
Kadang-kadang tu ada jugak orang cakap kan, jangan toleh belakang lagi. Kenapa pulak x boleh? Apa salahnya? Boleh, yg x boleh tu, mundur. Haa, jgn salah faham pasal ni. Saya terangkan semampu saya untuk pandang dan undur belakang ni ye. 
Pandang belakang dalam konteks ini, lebih kepada imbas balik peristiwa2 sebelum ini. Macam anda gagal, atau anda berjaya.
Undur belakang pula maksudnya anda jadi balik macam dulu. Kalau sekarang ni anda Tok Imam, tapi dulu anda pencopet, x kan anda nak jd pencopet lg? Jgn marah, saya cakap ini contoh aje.
Ini bukan pandai-pandai saya saja ya? Orang2 dulu kita kan pandai, cakap bahasa indah2, Tapi mendalam maksudnya, Tapi kalau kita silap definisikan sesuatu, silap lah maksudnya, lain la fahamannya. Kalau anda sekarang adalah orang yg telah sedar, dan sekarang dah jadi org yg maju, xsalah untuk anda pandang balik cerita2 lama anda. Sejarah hidup anda. Pernah dengar x, kalau kita x ingat sejarah, sejarah akn mengulangi kita. Jadi, hidup lah dengan mengingati sejarah anda. Kerana pengalaman mendewasakan kita.

Akhir sekali. saya nak ingatkan kawan2 semua. Kalau kita maju dalam satu2 bidang ni. Kita better dr org lain, jangan sekali2 kita sombong. Sebab pada asalnya kita sendiri tidak tahu apa-apa. TUHAN yg berikan kelebihan tu pada kita. Jadi jangan lah sombong. Saya teringat satu tafsiran ayat al-Quran ni ;
-manusia diciptakan dengan rasa gelisah, keliru, dan tidak sabar. Apabila dikurniakan kepandaian, dia sombong. Kecuali lah orang yg solat, dan terus solat...-

Ok, smpai sini dulu lah. Nnt, ada masa sambung lagi. Oke?
Cool. !
Assalamualaikum.. ~