Pages

Monday, November 8, 2010

Sudah! Jangan mengeluh je. Ni, saya ada satu cerita..

"Tensionnya!" 

Manakan tidak. Macam2 nak kene fikir. Macam2 masalah dtg. Masalah hidup, masalah kewangan lah. Untuk yg pelajar, dengan asiggnment lg, duit yuran lg, alat tulis lah dan tah apa2 lg tah. 1 lagi, kalau pelajar ni mst la kdg2 nak enjoy. Tengok wayang ke, pegi makan angin kat mana2 ke. Kalau yg bekerja pula, lagi lah. Masalah tempat kerja, lagi2 kalau bos x suka dia. Mesti kena 'torture' je. Mesti masa tu dah tentu nak kena sara hidup sendiri. Mmg lah dapat gaji, tp kalau dah potong nak bayar pinjaman bank untuk rumah, kereta lagi. Kan ada orang sampai dah x taw nak buat apa, dia pun pinjam kat along(ceti). Lepas tu dah kena bunga yg x masuk akal, baru lah nak berakal! Selalu nya kebanyakan org ni kalau tension mesti terus menyerah. Lemah semangat. Lepas tu x habis2 mengeluh. Dapat apa mengeluh? Dapat duit? Kalau nak dapat duit dengan mengeluh, anda  
pakai la pakaian compang-camping dan duduk di tempat orang ramai lalu-lalang. Tapi kenapa anda nak buat macam tu? Kaki anda dah x boleh jalan ke? Mata anda dah x nampak ke? Kalau semua anggota badan masih elok dan masih boleh diguna pakai, anda tiada hak untuk buat macam tu. Atau jika anda masih asyik mengeluh, anda samalah macam orang2 macam 2. Maaf saya cakap macam tu, tapi bukan ke orang yg asyik mengeluh ni sama la macam org yg dah x nak berusaha lagi. Jadi tolong jangan mengeluh! jika anda sering kali di timpa masalah. Beristighfar dan berzikirlah, jauh berbeza baiknya dari mengeluh. -Zikir dan istighfar lah penawar segala resah hati yg paling mujarab-

Pengurusan dan Perancangan
Dalam apa pun jua yg kita lakukan, yg penting sekali adalah pengurusan. Pengurusan ataupun dalam Bahasa Inggerisnya 'management'. Oh ya. Dan perancangan juga penting. Tanpa perancangan, susah untuk sesuatu dilakukan dengan sempurna. Pencuri pun nak buat kerja mereka perlukan perancangan. Kalau tidak habis lah mereka. Peratusan ditangkap tu pasti lebih tinggi. Jadi, urus lah semua tentang aspek kehidupan anda dengan lebih kemas lagi. Pengurusan masa, pengurusan kewangan anda, urus lah dengan sebaik mungkin. Jika anda keliru, atau tidak yakin. Jangan lah segan untuk bertanya. Minta pendapat orang yg lebih tahu. Untuk pengurusan kewangan, kan ada pihak2 yg boleh beri bantuan untuk bagaimana hendak mengurus kewangan dengan lebih baik lagi.

Haa, ini saya ada satu cerita..
~Jual burger je...~
Saya ada satu contoh ttg pengurusan kewangan, dan bagaimana 'beliau' ini boleh berjaya. Saya dah x berapa ingat jalan cerita yg paling tepat, tapi saya akan cuba dengan sebaik mungkin. ~
Ada seorang remaja ni, dia takde lah pandai sgt dalam pelajaran pun. Tapi dia x de lah duduk diam, jd penganggur tetap sahaja. Dia pun cuba berniaga. Pendek cerita, dia asyik gagal sahaja. Adalah dalam 3 atau 2 kali dia gagal. Dia pernah hampir gila kalau anda nak tahu. Berjalan sorang2 ntah ke mana. X de hala tuju. Nasib baik seorg ahli keluarga nya dtg, bawa dia balik pulang ke kampung. Bila dah cuba berubat, dia pun sembuh la balik macam biasa. Lepas 2, dia berniaga balik....

Tapi kali ini, dia berniaga jual burger je. Dengan modal yg x seberapa, dia x mampu lah nak beli gerai yg dah sedia siap. Oleh yg demikian, dia cari besi buruk, kayu, buat gerai sendiri. Yg bagusnya ttg dia ni, dia menyimpan. Jadi bila dah cukup simpanan nya dia pun buka la lg 1 gerai. Gaji kan org lain. Oleh kerana dia sedar ttg pentingnya pengurusan, dia pun upah kawannya yg baru grad dari pusat pengajian, yg dulunya jurusan akaun, untuk uruskan kewangan beliau. Lama2, dia dah boleh buka banyak gerai burger. Dah mmpu gaji kan orang. Dan dia dah mmpu mengurus, kerana dia belajar dari pengalamannya. 

Pendekkan cerita lagi, sekarang dia dah ada Francais nya sendiri. Jenamanya sendiri. Perniagaannya sudah besar. Dah ada kilang sendiri. Dan asetnya ada dalam lebih dari RM30 juta!

Sekarang ambil dalam berapa minit, anda fikirkan lah. Berjaya kah dia ni kalau dia x menguruskan kewangannya? Berjaya kah dia kalau dia x merancang bagaimana nak meluaskan empayar perniagaannya? Anda dapat atau tidak apa yg saya maksudkan dengan merancang dan mengurus? 

"Tensionnya!" 
Manakan tidak. Macam2 nak kene fikir. Macam2 masalah dtg. Masalah hidup, masalah kewangan lah. ~
Anda ingat, dia dalam cerita tadi 2 x tension ke? Dia lagi tension taw. Buat bisnes asyik gagal je. Tapi dia x putus-asa pun. Dia x asyik mengeluh je. Tapi dia bangkit balik walaupun berkali gagal. Dan sekarang semua usahanya berbaloi. TUHAN akan berikan balasan yg setimpal dengan apa yg kita lakukan. Jd jangan lah anda risau usaha keras anda tidak berbaloi. Teruskan, 'stick' dengan apa yg anda hendak lakukan. Jangan putus asa. Walaupun tension macam mana sekalipun, jgn berhenti. 
Saya pernah cakap ini dalam entri saya yg lepas. Buat sampai jadi!
Jangan lupa, emosi anda juga perlu di urus dengan baik.

Akhir kata, saya ada sedikit tips untuk anda. Tips ini boleh anda guna pakai untuk apa2 pun yg akan anda lakukan. Kan selalu orang cakap, work smart, not work hard. Ini ada lah prinsip smart saya.
Specific.
Measurable.
Affordable.
Realistic.
Time.

Dalam entri selepas ini, saya akan ceritakan dengan lebih specific tentang prinsip SMART ini. Semoga dengan apa yg saya ceritakan td akan mendatangkan kebaikan untuk semua pihak. 

Oh, jangan lupa untuk mulakan perancangan anda dan mengurus setiap aspek kehidupan anda.

Assalamualaikum~