Pages

Wednesday, August 17, 2011

Sahabat blogger semua, dah lama aku nak cakap ni. Tapi,,,

16 hari dah puasa. Seperti kebiasaan, setiap tahun aku akan mulakan proses mengemas rumah. Sikit2 je la kan, aku ni pemalas sebenarnya. Ni pun buat sikit, lepas tu duduk balik mengadap pc.

Dalam x sedar, aku suka juga menulis ni. Cuma, dah lama x tulis sendiri. Aku x perasan sebenarnya sampai la seorang rakan bukan blogger ni tanya kenapa aku banyak copy paste pula tiba2. So, bila aku fikir2 balik betul lah tu. Lagi hebat dia tanya kenapa banyak entry pasal agama? Dah aku ni Islam, ada Tuhan. Memang la buat sikit2 entry pasal agama. Nampak yang berkenaan aku copy je. Dengan niat ikhlas dan jadikan itu sebahagian dari dakwah. Untung badan, dikira sebagai amalan dakwah. Wallahualam.


Aku tidak la seberapa serius dalam dunia blogging ni, walaupun dalam diam aku suka menulis. Tp siapa tahu mungkin satu hari nnt aku sehari suntuk berblogging je, sape taw. Cuma sekarang aku yang semakin busy, dah macam wakil rakyat rasanya. Dengan organise program gathering, hal itu, hal ini, bisnes, tempuh perit jerih kehidupan, isteri sarat mengandung (6 bulan dah), dan macam2 lagi. Jadinya kalau ada masa pun aku lebihkan pada berehat, dan santai. Cakap2 pasal santai, kebanyakan hari ni aku suka jengah2 blog Santai Ben Ashaari. Dalam dunia blogger, siapa la yang x kenal dia. Aku akui, dia macam ada aura tersendiri dalam blogging.

Seronoknya blogging, ditambah lagi dengan group2 blogger di facebook dan yang sewaktu dengannya buat aku rasa happy. Para blogger ni adalah antara komuniti yang peramah dan mesra. Macam ada sesuatu persamaan antara mereka semua.
Tapi mungkin disebabkan aku ni ada kawan2 yang berbilang spesies, banyak la yang telinga ni dengar. Maksud aku, kritikan2 blog ni. Nak cerita sekarang macam panjang sangat pulak. Nnt kene kritikan lagi. "Panjang sangat la entry. X larat nak baca." *X nak baca pangkah aje la. Senang. Kannn?

Dah lama sebenarnya aku ada dalam group sahabat blogger ni. Cuma aku kurang aktif. Kurang aktif sebab aku sendiri segan ngan diorang ni, yang dah lama blogging. Aku ni yang cetek ilmu nya, memang la segan. Sampai la satu hari, orang 1st yang buat aku x berapa segan sangat dalam group tu, nama dia Kirin dan blog dia Kirin Selama Perak. Dari dia, baru aku tahu komuniti blogger ni peramah dan mesra semuanya. Lepas dia baru la kenal blogger2 lain dan sekarang ni makin banyak aku join group blogger. Yang best nye, isteri aku ni kuat sangat cemburu nye. Sampai dia ingat aku nak cari awek lagi. Haha.

Sekarang ni x mampu nak cerita banyak pasal korang sahabat blogger ke geng blogger ke x kisah semua tu.

Nanti bila ada masa, aku nak buat entry pasal nak puji semua geng2 blogger. Bagi semua terangkat, hehe.

*saya baru belajar, minta geng2 blogger berikan bantuan. =P