Menjawab
sebuah persoalan menarik dari beberapa orang penyoal tentang apakah
pandangan Islam terhadap seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki
yang lebih muda dari dirinya.
“ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).
Mereka beralasan bahawa Khadijah ra bernikah dengan rasulullah sewaktu
umurnya 40 tahun dan rasulullah pula ketika itu baru berusia 25 tahun.
Malangnya riwayat ini dhaif (lemah) dan sanadnya tidak ada bukti jelas
dan sebaliknya yang diberitahu kepada kita oleh Imam Baihaqi dari
riwayat Hakim bahawa rasulullah sewaktu bernikah dengan Khadijah berumur
25 tahun dan Khadijah pula berumur 35 atau 25 tahun dan umur 25 ini
lebih tepat memandangkan umur kematian Khadijah pada riwayat yang paling
benar menyebutkan ialah pada usia 50 tahun.
Jadi kematian Khadijah pada tahun 9 atau ke sepuluh kenabian (tahun
kesedihan) sebelum Isra Mikraj menandakan umur Nabi
salallahualahiwasalam berumur 49- 50 tahun lalu jika wafatnya Khadijah
pada usia 50 tahun menurut riwayat yang lebih tepat pada Imam Ibn Katsir
maka sudah pasti hampir sama sahaja umurnya dengan rasulullah pada
ketika itu. (lihat dalam Kitab Dalail Nubuwah oleh Imam Al-Baihaqi dan
juga Al-Bidayah Wan Nihayah oleh Imam Ibn Katsir).
Kesimpulannya riwayat yang jelas ialah rasulullah bernikah dengan
Khadijah pada usia yang hampir sama dengan tidak ada perbezaan umur yang
jauh.
Kembali kepada persoalan utama, apakah pandangan agama kepada
perkahwinan umur yang jauh berbeza khasnya bagi wanita yang lebih
berusia dari pasangan lelaki ?
“ Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan
menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya
rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya” (Surah Thalaq :
2-3).
Persoalan ini sangat menarik dibincangkan memandangkan ramai wanita yang
sudah meningkat umur dewasa masih belum berumah tangga dan kebanyakkan
lelaki sebaya sudah pun mempunyai keluarga.
Siti Nurhaliza misalnya sudah pun menjangkau usia 27 tahun sekalipun
begitu beliau masih kelihatan cantik dan menawan tetapi siapalah ustaz
emran yang jauh lebih muda hendak menaruh hati pada Siti yang cantik
rupawan dan pastinya Siti Nurhaliza tidak akan terjatuh hati pada ustaz
emran yang tidak ada apa-apa gelaran atau kekayaan dan kekacakkan.
Kebanyakkan wanita yang sudah berusia mengalami tekanan apabila mereka
sudah kehilangan calon sebaya atau lebih tua memandangkan dalam usia
yang meningkat kebanyakkan lelaki sudah pun siap memasang isteri dua dan
tiga.
Pilihan mereka hanyalah lelaki yang lebih muda dan itu pun mereka
terpaksa bersaing dengan gadis-gadis muda yang jauh lebih menarik dan
cantik.
"Belum tahukah kamu, bahawa sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk
kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi; dan Dia
telah sempurnakan buat kamu nikmat-nikmat-Nya yang terlihat mahupun yang
tidak kelihatan." (Luqman: 20).
Pandangan Islam terhadap Hal Ini
Islam menetapkan bahawa perkahwinan dan pemilihan calon isteri dan suami itu hendaklah pada agama dan akhlak.
“Maka kahwinilah akan kamu dari perempuan itu yang baik bagi kamu” (An-Nisa : 3).
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda
rasulullah salallahualaihiwasalam : “ Jika datang kepada kamu seorang
lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya maka nikahkanlah dia
jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan
kerosakan” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084).
Islam tidak menetapkan persoalan umur sebagai ukuran dalam pernikahan
dan sepatutnya hal ini jelas bagi lelaki dan perempuan bahawa yang
dipentingkan ialah agama.
“ Allah mengehendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu” (Al-Baqarah : 185).
Bagi seorang muslim dalam mencari pasangan maka hendaklah melihat kepada
agama sebagaimana pesan baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana
keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya maka pilihlah yang
beragama nescaya kamu akan beruntung” (hadith sahih riwayat bukhari dan
muslim).
Di dalam hadith riwayat Abu Daud dari hadith Ma’qil ibn Yasar ra
mengenai pertanyaan seorang lelaki kepada rasulullah meminta pandangan
untuk menikahi seorang perempuan yang cantik, dan berkedudukan tetapi
tidak mampu beranak maka dilarang oleh baginda dan disuruh supaya
menikahi wanita yang dapat beranak dan melahirkan.
Demikian juga baginda bersabda : “Dunia itu ialah perhiasan dan
sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah” (hadith sahih, riwayat
Muslim no. 3628).
Perempuan yang berusia selama dia masih dara maka dia masih mempunyai
kelebihan dan selagi usianya belum sampai waktu putus haid (menopause)
dan dapat beranak maka tiada salahnya dalam agama untuk menikahi mereka.
“ Allah mengehendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu” (Al-Baqarah : 185).
Sebaliknya banyak kelebihan lelaki muda khasnya yang masih belajar dan
belum kukuh kehidupan mereka untuk memilih wanita yang berusia dan sudah
matang dan kukuh kedudukan kewangan dan kebendaan kerana dapat membantu
mereka dalam kehidupan.
“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).
Cadangan dan Nasihat
Adalah digalakkan bagi lelaki muda sekiranya mereka bertemu dengan
wanita yang berusia tetapi beragama dan berakhlak supaya menikahi wanita
tersebut demi menyelamatkan agama dan menunaikan keperluan fitrah
manusia di samping mendapat faedah keduniaan.
“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48).
Bagi wanita yang sudah berusia dan berumur serta bekerjaya tidak ada
masalah dan tidak ada aibnya bagi mereka menikahi lelaki muda khasnya
yang masih belajar disamping dapat memenuhi keperluan fitrah
masing-masing mereka juga dapat membantu para pemuda yang baru hendak
membina kehidupan atau sedang melanjutkan pengajian.
“ Dan tidaklah kami menjadikan deen ini kepada kamu sebagai sesuatu yang menyusahkan” (Al-hajj : 78).
Pelajar lelaki di universiti, maktab dan sekolah sekalipun sudah sangat
ramai dan sudah besar-besar untuk menjadi calon suami. Hari ini kita
melihat rata-rata pelajar lelaki di sekolah menengah sudah tahu apa itu
seks dan bukan sedikit yang sudah melakukannya dengan rakan pelajar
perempuan dan mengandungkan anak luar nikah.
“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang
sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra :
32).
Mengapa tidak dibiarkan mereka ini berkahwin sahaja ? Apa salahnya
seorang muslimah yang berusia dan sudah bekerja berkahwin dengan pelajar
lelaki sekolah menengah ? Selain muslimah ini dapat menjadi isteri yang
baik bahkan sebaliknya muslimah ini dapat membimbing pelajar lelaki itu
menjadi pelajar yang cemerlang, membantu dalam pelajaran baik dari
sudut bimbingan akademik, kehidupan dan juga membantu dalam aspek
kewangan.
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan soleh, baik lelaki mahupun
perempuan, sedang mereka orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk
ke dalam syurga dan mereka itu tidak dianiayai walau sedikitpun"
(An-Nisa':124).
Cukuplah kita pada pertunjuk dari sabda baginda rasulullah : “Perkara
yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab
(Al-Qur’an) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah
dalam kitab-Nya dan apa yang didiamkan olehnya maka ianya termasuk apa
yang dimaafkan kepada kalian” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no. 1726,
Ibn majah, Hakim).
Pelajar lelaki yang akan mengambil SPM misalnya jika memiliki isteri
yang sudah bekerja sebagai pegawai bank selain isterinya dapat membantu
dalam pelajaran, membantu dalam kehidupan, masa pelajar ini juga
terselamat dari lepak, dan gejala-gejala negatif.
“Allah mengehendaki kemudahan bagi kamu dan sesungguhnya diciptakan
manusia itu dalam keadaan yang dhaif (lemah)” (Surah An-Nisa : 27).
Lebih menarik pada waktu usia remaja ketika kelenjar naluri syahwat
sedang memuncak pelajar lelaki ini dapat pula menikmati seks halal dan
berkah dan si isteri pun bukankah dapat menikmati pucuk muda ? Kemudian
dengan akal yang sihat dan fitrah yang terpenuhi serta memiliki guru dan
penasihat peribadi yang juga bergelar isteri bukankah pelajar ini akan
lebih mudah mencapai kecemerlangan ?
Bahkan disebut oleh baginda rasulullah : “ Sesungguhnya pada
persetubuhan kamu dengan isteri kamu itu sedekah” Maka ditanya oleh
sahabat apakah pada persetubuhan yang memuaskan syahwat itu sedekah ?
maka dijawab oleh baginda : “Apakah kamu tidak melihat bahawa apabila
seseorang meletakkan zakarnya pada yang haram itu termasuk satu dosa ?
maka demikianlah jika diletakkan pada yang halal maka itu baginya
pahala” (hadith sahih riwayat Muslim).
Demikianlah juga bagi pelajar-pelajar di universiti yang sedang belajar
seandainya mereka bernikah dengan wanita yang lebih berusia dan sudah
bekerjaya maka disamping mereka dapat memenuhi keperluan fitrah bahkan
mereka dapat dibantu dari aspek kewangan, kehidupan dan bimbingan
nasihat dari seorang yang lebih berpengalaman.
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun
perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan
kepada mereka kehidupan yang baik" (An-Nahl:97).
Mengubah Pemikiran Lapuk dan Jahiliyah
Pemikiran masyarakat yang menyalahi kitab dan sunnah hendaklah diabaikan
dan sewajarnya dalam ketenatan umat Islam berdepan pelbagai masalah
sosial umat Islam wajar kembali kepada Al-Qur’an dan sunnah dan
melemparkan adat-adat jahiliyah ke dalam bakul sampah lalu kemudian
dibakar dan debunya di tanam lalu dilupakan.
“Dan jika kamu hanya mengikut orang ramai di muka bumi ini nescayalah
mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).
Sabda baginda : “ Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan manusia
dan bukan untuk mempersusahkan” (hadith sahih, Riwayat jamaah kecuali
Muslim).
Apa salahnya wanita meminang lelaki ?
Dalam artikel yang sebelum ini kita sudah membincangkan tentang tiada
salahnya wanita meminang lelaki dan hal ini sabit dalam syarak dan juga
dilakukan sendiri oleh wanita pertama Islam iaitu Khadijah ra. Berkata
Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan
dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah)
bagi menyampaikan hajatnya kepada rasulullah dengan menyampaikan pesanan
khadijah ra : “Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah
tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan
akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh
Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).
Bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan
kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah
datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam
dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai rasulullah
apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith ini
maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh
kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra
: Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan
baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar
dirinya demi kebaikan” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no
5120 , Nasaie dan Ibn Majah).
Apa Salahnya Wanita Menanggung dan Menyara Lelaki ?
Di dalam Islam melakukan kebaikan dan kebajikan tiada bezanya untuk
lelaki dan perempuan dan masing-masing akan menerima ganjaran kebaikan
dan pahala. Berkenaan seorang wanita yang berusia dan sudah bekerjaya
misalnya sekiranya berkahwin dengan lelaki yang masih muda dan masih
belajar maka apakah aibnya dan apakah masalahnya jika dia yang menyara
suaminya ?
Sabda baginda rasulullah : " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang
jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu
kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat
Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).
" Sungguh sangkaan mereka langsung tidak membawa manfaat pada mereka
(dalam membawa mereka) kepada kebenaran sedikitpun" (Surah Yunus : 36).
Di samping wanita yang sudah bekerjaya dan berkemampuan itu dapat
membantu suami yang masih belajar maka dia juga mendapat pahala berlipat
kali ganda dari biasa apabila menyara dan menanggung suami yang masih
muda dan masih belajar.
“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).
Ini disebabkan dia bukan sahaja mendapat pahala berkhidmat kepada
suaminya bahkan mendapat pahala sedekah dan juga pahala kerana
menyumbang bakti di jalan agama khasnya menyumbang kepada pelajar ilmu.
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan soleh, baik lelaki mahupun
perempuan, sedang mereka orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk
ke dalam syurga dan mereka itu tidak dianiayai walau sedikitpun"
(An-Nisa':124).
Malangnya masyarakat akan memandang serong kepada perihal lelaki yang
hidup dan makan di atas titik peluh isteri dengan ditambah para wanita
hari ini kebanyakkannya suka mengungkit dan cepat mengeluh.
“Dan jika kamu hanya mengikut orang ramai di muka bumi ini nescayalah
mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).
“Sesungguhnya tidaklah mereka itu buta mata mereka tetapi sebaliknya yang buta itu ialah hati mereka” (Al-Hajj : 46).
Nasihat kepada para wanita yang inginkan syurga dan menyelamatkan diri
dari azab Allah swt maka hendaklah mereka menjadi wanita yang solehah
dan sebagai jalan keluar bagi tekanan fitrah maka nikahilah para lelaki
muda yang mudah dan dapat dibantu oleh kalian.
“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).
Nikahilah para pelajar agama, bantulah mereka di jalan dakwah dan
jadilah isteri yang solehah kepada mereka dan jadilah kalian seperti
Khadijah yang membantu dakwah dan perjuangan dengan harta dan jiwa raga.
Apa salahnya Wanita dimadukan dan dipoligami ?
Wanita yang berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dari mereka perlulah
bekorban dan menyedari bahawa usia mereka yang lanjut pastinya akan
mengurangkan rasa kurang selesa dan senang di sisi suami apabila mereka
telah hilang kecantikan dan kesegaran sebagai wanita.
Apa salahnya mereka dimadukan ? Mengapa mesti bencikan poligami dan menghalang suami bernikah lagi ?
“Wahai manusia sesungguhnya kami telah ciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan dan kami jadikan kamu dari berbangsa-bangsa serta bersuku-suku
supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang mulia di sisi
kamu ialah yang paling bertaqwa” (Al-hujurat : 13).
Seandainya suami tidak mampu dari sudut kewangan untuk bernikah lagi
maka mengapa tidak dibantu sahaja si suami yang masih muda dan gagah
untuk berkahwin lagi ? Apakah sukar mengeluarkan wang simpanan milik
peribadi untuk diberi kepada suami supaya dapat berkahwin lagi ?
“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).
“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (surah : at-taghabun :16).
Hal ini tentu sahaja sukar bagi wanita yang hatinya dibelit dunia dan
kecintaan kepada akhiratnya sangat sedikit dan keimanannya pula tipis.
Sama sahaja perihalnya dengan Allah menyifatkan solat itu sangatlah
berat kecuali bagi orang yang khusyuk.
“ Mohonlahlah kamu kepada Allah dengan sabar dan solat dan sesungguhnya
yang demikian itu sangatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(Al-baqarah : 45).
Adapun bagi wanita yang beriman dan solehah, mereka tanpa segan silu
mengeluarkan wang simpanan kerja (KWSP) untuk diberi kepada suami
sebagai modal untuk bernikah lagi supaya suaminya dapat bergembira
dengan umur yang masih muda dan gagah moga dengan perkahwinan baru dapat
menambah zuriat dan anak-anak generasi Islam yang dia tidak mampu lagi
berikan kerana usia yang sudah meningkat.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman yang mengerjakan amalan soleh
serta mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan bagi mereka itu pahala
di sisi tuhan mereka dan tidaklah ada ketakutan ke atas mereka dan
tidaklah mereka berdukacita” (Al-Baqarah : 277).
Atau dengan pengorbanan itu si suami mampu dapat lebih semangat dan
gigih berusaha untuk dakwah dan mentaati Allah dan rasul dan lebih kukuh
berpegang kepada agama.
“Jika mereka itu fuqara (miskin) maka akan dikayakan oleh Allah dari rezeki-Nya..” (An-Nur : 24).
Wanita yang beriman sedar bahawa di akhirat tidak akan ada cemburu dan
hasad, bahkan di akhirat sekiranya berjaya ke syurga yang abadi manusia
di sana tidak punyai sedikit keluh kesah dan si suami akan bersama
puluhan bidadari dan dia sendiri akan dimadukan oleh Allah dan yang
paling penting ialah mendapat redha ilahi dan berbakti kepada suami
termasuklah salah satu jalan mutlak kepada ilahi.
“Di antara kamu ada golongan yang menginginkan dunia dan ada pula golongan yang mengingini akhirat” (Ali-Imran : 152).
Dapatlah difahami bahawa wanita yang berusia dan berkahwin dengan lelaki
muda perlu melakukan beberapa pengorbanan dan sebagai hasilnya mereka
akan mendapat pelbagai kehormatan dan kemuliaan di dunia dan di akhirat.
“ Barangsiapa yang berbuat kebaikan sesuai dengan apa yang dihidayahkan
maka sesungguhnya dia telah membuat kebaikan untuk dirinya sendiri. Dan
sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu merugikan dirinya
sendiri.” (Surah Al-Isra : 15).
Kesimpulannya perkahwinan berbeza usia khususnya bagi wanita tidaklah
mempunyai apa-apa mudharat dan sebaliknya jika wujud kelebihan dan
kebaikan maka ianya sangat digalakkan dan dianjurkan supaya fitrah
manusia terpenuhi.
“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia
dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).” (Surah Ar-Rum :30).
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya wanita
itu adalah aurat, maka apabila keluar, syaitan akan menghiasinya.”
(Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan disahihkan oleh Syeikh
Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I).
Apa salahnya seorang lelaki yang masih muda bernikah dengan wanita yang
lebih berusia ? Seterusnya jika wanita itu sudah hilang kecantikan dan
kemanisan wanita maka dia lelaki muda itu masih dapat berkahwin lagi
sehingga dia merasa cukup dan puas dengan Islam memberi had sehingga 4
orang isteri selama dia dapat berlaku adil.
Diriwayatkan oleh Fadholah ibn Ubaid ra yang menyebut beliau mendengar
baginda rasulullah bersabda : “Berbahagialah mereka yang diberi hidayah
Islam dan hidup dengan bercukupan dan bersederhana” (hadith sahih
riwayat tirmidzi ).
Isteri yang solehah pastinya dapat membantu suaminya dan membimbing
suaminya dalam hak keadilan dan menolong suaminya mencapai kebahagiaan
di dunia dan di akhirat. Mereka sentiasa bekorban kepentingan diri demi
kebahagiaan suami dan tidak terlalu berkira , tidak cerewet dan tidak
tamak akan dunia dan kebendaan.
“ Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanya” (Surah Al-An’am : 38).
Islam telah memberi pelbagai jalan penyelesaian malangnya manusia itu
sentiasa degil dan mengikut jalan kesesatan dan hawa nafsu yang
menyesatkan.
“ Dan tiadalah pertunjuk melainkan dengan pertunjuk Allah dan kepada-Nya
aku bertawakkal dan kepada-Nya aku kembali” (Surah Hud :88).
Segala puji hanyalah bagi Allah.
Sumber : Usrah Jemaah Anak Muda