Pages

Friday, August 5, 2011

Tips menjadi blogger otai, terkenal, dan ternama.

Nampaknya, dunia blogger Malaysia semakin berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Bila makin ramai yang dah ada blog, jadi persaingan tu mungkin lebih sukar. Memang tak dinafikan, rasanya setiap hari mesti ada blogger yang akan mencari-cari tips nak jadi jutawan dengan nuffnang, ataupun tips hendak menjadi blogger otai, atau bahasa lainnya blogger ternama.



Copy paste entry suratkhabar

Ini adalah cara yang paling senang. Selalunya kalau ada berita panas di Harian Metro, Utusan, Berita Harian atau Kosmo, sudah pasti suratkhabar tersebut akan laris bagai pisang goreng panas. Jadi, kalau nak berjaya, sila copy paste sahaja tulisan-tulisan tersebut ke blog anda, tanpa menulis dengan ayat sendiri. Sebagai contoh, jika ada berita “Adik-beradik ditangkap kerana melakukan sumbang mahram“, copy paste entry dari surat khabar dan buat tajuk yang seakan-akan sama. Sudah tentu, apabila orang ramai google atau search di internet, potensi blog anda untuk dipaparkan di muka depan google adalah tinggi! InsyaALLAH. SEO kot tu.

Sila war-warkan pendapatan nuffnang anda setiap minggu.

Bermula dengan blogging secara rela, setelah satu tahap ada sesetengah blogger akan hilang minat menulis untuk berkongsi, sebaliknya hanya lebih suka menjadi jutawan dengan nuffnang. Disebabkan ramai blogger dilahirkan setiap minggu, anda boleh lah paparkan pendapatan BE anda di blog, dengan alasan untuk berkongsi tips nuffnang padahal takde tips satu habuk pun. Ha ha. Kalau nak lagi bagus, sila main klik-klik nuffnang, mungkin lagi cepat. Biarlah orang nak cakap apa-apa pun, janji dapat tunjuk kat orang lain.

Tulis mengenai gosip artis

Sepertimana yang kita tau, selalunya blog blog gosip artis akan mendapat trafik yang tinggi. Jadi, jika ada terbaca di suratkhabar hiburan dan majalah-majalah hiburan, jangan berfikir lagi untuk turut sama memeriahkan majlis dengan menulis entry tersebut di blog walaupun anda tidak tahu kesahihannya. Nak lagi best, sila letak gambar seksi-seksi, mesti ramai lagi orang datang. Jangan risau, bila ada “orang tegur, kenapa letak gambar seksi-seksi”, cakap je lah, “kubur lain-lain bro”. InsyaALLAH tidak akan ada masalah lagi.
.
Alhamdulillah selesai sudah tips-tips yang berguna ni. Hanya berkongsi dari pengalaman, walaupun ilmu kurang. Tapi kalau ada yang kurang, boleh bagi idea untuk penambahan. Oh ya, jangan lupa inform kepada blogger-blogger Malaysia agar mereka mendapat serba sedikit faedah ye.

Sumber dari Affan Ruslan