Pages

Wednesday, August 17, 2011

Yang kita tak sangka pulak yang kritik kita


Alhamdulillah, mula2 dulu cuba beri kan sedikit sebanyak motivasi kepada pembaca2. Kadang2 orang tanya dari mana ko boleh tulis macam tu. Entah le, senang je kalau boleh takrif kehidupan ni dengan sendiri. Motivasi tu, ada di sekeliling sebenarnya. Tinggal nak ambil atau tidak je. Oh, aku juga suka baca buku2 motivasi sebenarnya. Apa yang teringat tu, aku tulis dengan kadar spontan. Supaya akan mencipta identiti penulisan sendiri.

Alhamdulillah, sekarang ni kadang aku cuba bg sedikit sebanyak ilmu2 agama pulak. Yang ini aku x memandai-mandai. Dapat ape2, itu lah aku copy jadikan entry. Lepas tu sama-sama muhasabah diri. Aku yang busuk hina ni, kadang sebak teringat dosa-dosa lepas. Dengan ilmu2 itu, perlahan2 aku cuba baiki diri. Sambil2 dikongsikan dengan rakan2 blogger. Mana tahu, rezeki TUHAN nak bagi kalau amalan tu dikira sebagai dakwah. Pahala tu. Saham akhirat taw. TUHAN maha pemurah.

Haa, lepas tu la baru jadi satu cerita. Bila tiba2 muncul pengkritik2 hebat dari kalangan bukan blogger. Haha. Mula-mula dulu, entry terlalu panjang, gmbar tak ade dan macam-macam lagi. Kemudiannya aku ambil la kritikan tu untuk betulkan cara aku ber-blogging. Dulu, aku tak ada kawan2 blogger. Aku tulis entry, lepas tu aku publish. Promote dekat facebook sorang2. Sampai la 1 hari ada kawan ni tbe2 add aku kat group sahabat blogger. Dari situ la baru aku tau diorang2 yang blogging ni ramah dan mesra antara 1 sama lain. Tambah kawan baru lagi kat situ.

Bila aku tengok diorang tu, aku rasa macam aku ni bukan blogger. Walaupun aku tulis blog sikit2, tp kebanyakan dari diorang ni hebat-hebat belaka. Lagi hebat, mereka-mereka yang hebat ni x kedekut ilmu pun. Siap ada yang kita x minta tolong, diorang offer pertolongan kat kita. Rasa macam kerdil je kalau ngan diorang. Tapi, seronok kerana semua peramah.

Alhamdulillah, aku rasa semakin seronok. Dan bila aku publish post yang baru siap. Aku rasa happy, puas. Perasaan yang hampir sama kepada kepuasan, tapi susah aku nak terangkan macam mana. Selalunya, aku senyum sorang2 dan isteri aku selalu gelakkan aku senyum sorang2.

Kadang bila aku tak menulis, aku cuma buka blog aku. Tangan rasa nak menaip tapi ada je benda nak kene buat. Aku mengaku, kadang2 aku ni memang malas. Tapi aku x boleh tipu diri sendiri, aku memang suka menulis dan baca hasil penulisan aku sendiri.

Akhirnya, aku just publish post. Yang akan tahu aku ada entry terbaru mungkin follower aku, dan sape2 yang like fan page blog ni. Untung kalau aku share dekat status. Dan paling akhir, orang yg aku x harap baca pula yang kritik-kritik maut pasal blog aku. Ada sikit lah aku nak jawab pasal kritikan yg aku rasa relevan untuk aku, tp entry selepas ini mungkin. Aku nak kemas rumah, nak raya.