Pages

Wednesday, November 24, 2010

Anda adalah nakhoda dalam perjalanan anda sendiri.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harap semua dalam keadaan sihat sejahtera.

Anda adalah nakhoda.
Mari kita berimaginasi seketika. Anda bayangkan anda adalah nakhoda untuk satu kapal ini. Anda berlayar di laut yg sangat luas. Bayangkanlah, bayangkan. X de siapa nak larang anda kan? Ok, dah dapat gambarannya? Sampai satu ketika, tiba2 cuaca berubah. Ombak semakin lama semakin tinggi. Dan ketika itu, anda lah yg perlu buat keputusan, untuk apa yg harus dilakukan selepas itu. Yg ingin saya nyatakan di sini ialah kehidupan anda sama lah macam berlayar di laut. Di laut, anda sentiasa dilambung ombak. X kisah la ombak besar atau kecil, ombak tetap akan menghempas anda. Kehidupan anda, sentiasa akan di datangi pelbagai cabaran, masalah dan pelbagai jenis ujian. Jika di lautan, anda adalah seorang nakhoda yg menyerah kalah, yg tidak tabah, mampukah anda untuk sampai ke pelabuhan? Ke destinasi yg anda tujui? Anda adalah nakhoda dalam perjalanan hidup anda sendiri dan anda lah yg mengarah kemana destinasi anda.

Kalau anda adalah seorang yg susah untuk menyerah kalah, maka secara automatiknya anda adalah seorang yg bekerja keras. Betulkan? Saya tak tipu anda semua. Sudah tentu anda akan cuba pelbagai cara untuk anda menyudahkan apa yg anda sedang lakukan. Jadi tentulah anda
bekerja keras. Kalau anda adalah orang yg macam ini sikapnya, saya hendak ucapkan tahniah! Kalau anda bukan, tidak bermaksud bahawa anda tidak boleh jadi seperti mereka. Anda cuma perlu berubah. Kalau dalam Islam, saya suka sebut Hijrah. Macam NABI berhijrah tu. Hijrah dalam konteks ini adalah berhijrah dari yg tidak baik, kepada yg baik. Yg baik kepada yg lebih baik. Atau yg dah memang baik sangat tu, jadi yg lebih baik.

Dulu, masa saya masih tinggal di kampung lagi, saya ada kenal dengan seorang usahawan ni. Dia rapat juga lah dengan saya. Sekarang pun saya masih rapat dengan beliau. Umurnya jauh berbeza dari saya lah. Kalau masa itu saya 17 tahun, dia 37 tahun barangkali. Dia ni perempuan tau. Dalam antara org yg saya contohi, dia ini ada dalam senarai saya. Dulu asalnya, keluarga beliau tidak lah sehebat mana. Boleh lah taraf hidup sederhana macam kawan2 dia yg lain. Bukanlah sekadar cukup2 makan, selesa lah juga. Pendekkan cerita, TUHAN turunkan ujian untuk dia ni. Habislah masa tu hidup susah sekejap. Nasib baik dapat banyak bantuan. Suami beliau pun cikgu, dapat lah bantuan yg sekolah hulurkan. Tabah dengan semua ujian, Alhamdulillah masalah tidak lagi sehebat dulu. Satu persatu masalah dapat diselesaikan. Disebabkan kejadian itu, sempat juga lah beliau rasa hidup susah. Entah bagaimana, beliau ingin cuba menjadi usahawan. Sedangkan pada awalnya beliau tidak begitu tahu pun tentang bisnes. Sampai satu masa, beliau jadi pengedar untuk satu syarikat ni. Alhamdulillah rezeki TUHAN tu dtg juga kat dia. Lebih banyak lagi dari apa yg pernah dia dapat dulu. Tapi, tiba2 baru dia tahu yang rupa2nya syarikat itu juga ada menjual minuman keras. Jadi beliau pun berhenti dari menjadi dealer syarikat itu kerana yakin bahawa hasil pendapatannya nnt haram.

Penting sekali untuk mencari rezeki yg halal. X kan anda nak makan duit haram? Jadi darah daging 2 anda tahu ke? Si dia ni, fikir juga. X Kan nak bagi anak2 makan hasil yg tidak berkat? Jadi selepas beliau berhenti, kembali lah dia bergantung harap dengan gaji lamanya. Oh, beliau dulu asalnya adalah guru. Yg bagusnya tentang dia yg saya ceritakan ini, dia tidak menyerah kalah. Perempuan tu. Laki-laki yg baca ni macam mana? X terasa ke? Ini gurauan saja. Jangan terasa pulak ya? Sambung cerita lagi. Walaupun dah kembali jatuh tapi beliau tidak putus asa. Sekali lagi beliau menceburi bidang perniagaan. Bermula dari bawah juga. Buat kerja susah, dan kerja nya tidak pernah berhenti. Beliau adalah seorang yg bekerja keras. Dan sekarang, hidupnya lebih berjaya dari dari hidupnya yg dulu. Dia berhenti menjadi guru. Bukan kerana sombong, tidak bersyukur atau apapun tanggapan negatif yg org lain fikirkan, tapi untuk memberikan peluang pekerjaan kepada bakal guru yg lain. Kan banyak sangat penganggur lepasan ijazah. Diploma dan sijil apatah lagi.

Tak perlu lah cakap apa pencapaiannya, yg penting taraf hidupnya semakin baik dari yg sudah. Dia maju kehadapan. Dan kerjanya tidak berhenti. Kadang2, pukul 2 atau 3 pagi pun dia tak tidur2 lagi. Sebab kerjanya. Dia juga adalah ibu kepada 7 orang anak. Tapi itu tidak melemahkan beliau. Boleh anda bayangkan bagaimana beliau uruskan semua kerjanya? Ini antara sebab2 saya sanjungi beliau. Bagaimana saya tahu semua ni? Kan saya dah cakap td, saya rapat dengan beliau. Mengapa saya rapat? Oh, ya. Saya suka gelar dia, "supermother." Kerana dia adalah ibu kepada saya. Ya, dia adalah ibu saya.

Bukan semua yg saya sanjungi tentangnya kerana beliau adalah ibu saya, tapi kerana sikapnya. Saya suka kepada orang yg tabah. Yg mmpunyai wawasan dalam hidupnya. Kalau pun bukan ibu saya, saya tetap akan sanjungi mereka yg bekerja keras dan tidak mudah putus asa walaupun sentiasa dilambung ombak dalam pelayaran hidupnya.

Saya banyak mengambil cerita dari sekeliling saya, mudah bagi saya dan banyak yg saya boleh jadikan teladan. Mudah untuk saya kongsikan bersama saudara2 sekalian. Lihat lah pada motivasinya, yg boleh meningkatkan motivasi anda. Moga semua penulisan saya dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

Assalamualaikum ~