Pages

Thursday, December 2, 2010

Jangan marah-marah. Nanti kena simbah air.

Hari ini, saya habiskan banyak masa termenung. Sibuk saya memikirkan tentang bagaimana untuk mengeluarkan "singa" dalam diri. Maksud saya singa itu adalah tentang panas baran seseorang. Saya pernah nampak satu buku yg bertajuk sedemikian. Mengeluarkan singa itu lah, lebih kurang tajuknya. Tapi saya tak sempat baca pun. Jadi yg sinonim bagi saya untuk singa itu adalah panas baran.


Amarah itu senjata syaitan.
Panas baran seperti yg semua sedia tahu, adalah orang yg pemarah. Cepat sangat marah nya. Pertama sekali, nasihat saya ialah anda jangan lah cepat marah. Kerana amarah itu adalah senjata utama syaitan. Senangnya syaitan laknatullah ni bersarang dalam hati satu-satu manusia ini jika manusia itu panas baran.



Siapa kata keturunan? Memandai je.
Saya sendiri kadang-kadang tertanya-tanya bagaimana seseorang itu cepat sangat jadi pemarah. Lepas tu, marahnya bukan kepalang lagi. Kalau ada benda silap sikit sahaja, habis semua pun dia pecahkan. Hanya untuk puaskan HATInya. Tengok, HATI, bukan? Panas baran datang dari diri sendiri. Dari hati sendiri. Jika anda adalah seorang yg pemarah, seronoklah syaitan bersarang dalam hati anda. Panas baran bukan datang dari gen, keturunan. Tidak sama sekali. Yg datang dari keturunan, penyakit sahaja. Harta yg diwariskan itu lain cerita lah ya. 


Semua benda ada baik dan buruknya tapi panas baran ini lebih banyak buruk dari baiknya. Kalau anda pemarah, anda mana hiraukan orang lain yg penting anda puas hati lepaskan marah tu. Tapi anda tanya diri anda sendiri, seronok ke kalau anda berdepan dengan org yg kuat marah ni? Tentu tidak kan?


Seronok ke marah-marah ni? Tidak kan? Senang dapat penyakit lagi tu. Darah tinggi la, itu la ini la. Nak sakit ke?


Jom sembang. =)
Sekarang, mari bincangkan tentang cara-cara mengatasi sikap marah ini. Ataupun cara nak hadapi kawan atau orang pemarah ni? Nak story yang mana satu ni? Cerita je lah dua-dua. Haa, senang cerita kan. Saya tidak lah mengkaji dengan lebih terperinci tentang ini, tapi saya tahu lah serba sedikit. Dari pengalaman saya sendiri dan cara orang lain yang saya tengok berkesan.


Pertama, cara kita hendak mengatasi sikap marah. Yang paling penting untuk ini, tentulah tahap sabar anda. Ya, saya tahu tahap sabar setiap manusia memang lain2. Tapi tidak semestinya kalau tahap kesabaran anda nipis, selama-lamanya begitu. Kita kan sama-sama nak tuju ke arah kecemerlangan. Mestilah kena berubah. Dalam setiap kejayaan, mesti ada pencetusnya. Bom meletup pun ada pencetusnya. Apa yang saya maksudkan dengan pencetus di sini adalah sesuatu yang memangkin semangat anda untuk meningkatkan tahap kesabaran anda. Saya hanya boleh bagitahu saja. Anda lah yg putuskan nak atau tidak. Cuba lagi dengan membaca al-Quran. Banyakkan istighfar. Istighfar tentu2 sekali cara yang paling berkesan. Ini bukan cerita tipu punya. Anda cuba lah, dengan seikhlas hati anda. Bila anda marah, cepat2lah istighfar. Basahkan anggota tubuh anda dengan wudhuk.


Kedua pula adalah cara untuk hadapi orang yg pemarah ni. Orang cina cakap, kalau pemarah ni dia elemen api. Sekarang bukan orang cina je cakap. Teori tu kan memang dah di guna pakai ramai orang. Alah, memang yang pemarah tu sinonim dengan api lah. Jadi, kalau anda hendak padamkan api, bolehkah anda padam dengan api juga? Tidak kan? Cara lainnya, anda fikirkan sejenak apa yang dia marah sangat. Apa yang dia sibuk bebelkan hari-hari. Anda fikirkan lah, betul ke x betul apa yang dia bebelkan. Kalau dia bebel pasal anda suka menyepah, anda jangan lah sepahkan barang lagi. Sentiasa kemas je. Tentu la dia x marah dah kan? Haa, bukan susah. Kalau dia nak marah jugak, anda simbah je dengan air. Biar padam api tu. Haha.


Kalau ikutkan, banyak lagi caranya. Tapi kalau ada apa2 boleh kita bincang person by person. Kan ada page di facebook. Lihat top page sebelah kiri. Lagipun masa kan sangat singkat sekarang ni. Semua bergerak laju era ni. Satu lagi fakta tentang masa, masa adalah "the most valueable things to spent." Jadi jumpa lagi post akan datang.


Assalamualaikum.