Pages

Friday, October 7, 2011

Benarkah Sayyidina Umar R.A Membunuh Anaknya?


BENARKAH SAYYIDINA UMAR R.A MEMBUNUH ANAKNYA?

Saringan oleh www.darulkautsar.com dari artikel asal oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff

Terdapat beberapa buah buku yang tersebar meluas dalam masyarakat yang menceritakan kisah Sayyidina Umar r.a. kononnya telah membunuh seorang anak perempuan dan menanamnya hidup-hidup, seperti sebuah buku berjudul “Sepuluh Sahabat Dijamin Ahli Syurga” oleh Muhammad Ali Quthub, terbitan Pustaka Nasional Pte. Ltd (1984), m.s. 50-51. Dua artikel berkenaan cerita ini telah disiarkan dalam akhbar Harakah. Satunya disiarkan sebagai bahan bacaan untuk kanak-kanak di ruangan BESTARI (Harakah, 18 Disember 1998) dan satu lagi artikel hasil penyelidikan satu kumpulan yang memakai nama ILHAM ( Harakah, 30 Nov 1998) . Kedua-duanya mengandungi cerita yang sama dengan sedikit perbezaan ibaratnya.

Jika cerita seperti itu disiarkan oleh musuh Islam, tentu sekali tiada maksud lain bagi mereka melainkan untuk memburuk-burukkan imej Sayyidina Umar r.a. yang merupakan sahabat karib Rasulullah s.a.w. dan khalifah agung umat Islam.

Thursday, October 6, 2011

Barangsiapa seperti itu maka baginya neraka... NERAKA ....

Janganlah kalian menuntut ilmu untuk membanggakannya terhadap para ulama dan untuk diperdebatkan di kalangan orang-orang bodoh dan buruk perangainya. Jangan pula menuntut ilmu untuk penampilan dalam majlis (pertemuan atau rapat) dan untuk menarik perhatian orang-orang kepadamu. Barangsiapa seperti itu maka baginya neraka … neraka. [HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah]

Wednesday, September 21, 2011

Nur Lisa Qaisara. Anak pertama aku. Sedikit gambar.

Dah lama x update. Lepas banyak hal sangat ni memang malas. Bukan x ada masa tapi sangat malas. Sebenarnye ni nak tulis pun malas. Tapi excited punye pasal aku tulis jugak.

Selepas ape yang jadi, ada sedikit perkara yg perlu untuk aku ambil perhatian.

  • 3 bulan sebelum due date, jangan tinggal isteri selalu.
  • 3 bulan sebelum due date, layan isteri lebih istimewa, sampai kalau nak pg toilet pun pimpin.
  • Dan yg paling penting sebenarnye, hati2 lah kat tempat yang licin.
X payah la cakap banyak. Nak cerita pun malas, cukup semua dah selamat. Kelegaan aku ni agak nye sampai keturunan aku yang ketujuuh pun diorang masih boleh sama2 rasa agaknya. Syukur.

Dan syukur lagi, aku dah menjadi seorang ayah. So dibawah nanti adalah gambar2 anak perempuan sulungku, Nur Lisa Qaisara. Nama yang dipilih oleh aku lah, siapa lagi. Hehe. Isteri sakit beb, x larat nak fikir la tu. Sebab cerita nya, dia x sempat berhati-hati kat tempat licin. Tp alhamdulillah dah selamat.

Ramai yang nak tengok gmbar baby, so aku akan upload kan dekat sini. X nak la dekat facebook. Rasa macam menunjuk sangat pulak. Lagipun nnt kantoi la aku dah x bujang lagi. Haha. 

Sedikit sahaja gambar Lisa Qaisara. Nak tengok lagi datang la umah. Jangan lupa bawa hadiah. :P










Nur Lisa Qaisara Binti Mohd Nidza Irfan
13 September 2011
Hospital Sabak Bernam 
Syukur sangat2 semua dah selamat. Pada ibu2 yang mengandung tu, jaga diri dan kandungan elok2. Sentiasa berhati2. Jangan sampai terjadi perkara yang x diingini. Aku ni cuma bernasib baik. Syukur Alhamdulillah.

Saturday, August 20, 2011

Jaminan "Power Window" Proton

ILUSTRASI dalaman tingkap kereta Proton kini jauh lebih maju teknologinya.

Thursday, August 18, 2011

10 orang yang solatnya tak diterima oleh ALLAH SWT

Rasulullah bersabda, 10 orang yang solatnya tak diterima oleh Allah swt adalah :-

Perbezaan Umur Dalam Perkahwinan – Menurut Agama - Apa salahnya wanita meminang lelaki?

Menjawab sebuah persoalan menarik dari beberapa orang penyoal tentang apakah pandangan Islam terhadap seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dari dirinya.
“ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).

Mereka beralasan bahawa Khadijah ra bernikah dengan rasulullah sewaktu

Dialog Malam Pertama Suami Isteri - 18SX

Di malam yang hening , merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini,

Wednesday, August 17, 2011

Yang kita tak sangka pulak yang kritik kita


Alhamdulillah, mula2 dulu cuba beri kan sedikit sebanyak motivasi kepada pembaca2. Kadang2 orang tanya dari mana ko boleh tulis macam tu. Entah le, senang je kalau boleh takrif kehidupan ni dengan sendiri. Motivasi tu, ada di sekeliling sebenarnya. Tinggal nak ambil atau tidak je. Oh, aku juga suka baca buku2 motivasi sebenarnya. Apa yang teringat tu, aku tulis dengan kadar spontan. Supaya akan mencipta identiti penulisan sendiri.

Alhamdulillah, sekarang ni kadang aku cuba bg sedikit sebanyak ilmu2 agama pulak. Yang ini aku x memandai-mandai. Dapat ape2, itu lah aku copy jadikan entry. Lepas tu sama-sama muhasabah diri. Aku yang busuk hina ni, kadang sebak teringat dosa-dosa lepas. Dengan ilmu2 itu, perlahan2 aku cuba baiki diri. Sambil2 dikongsikan dengan rakan2 blogger. Mana tahu, rezeki TUHAN nak bagi kalau amalan tu dikira sebagai dakwah. Pahala tu. Saham akhirat taw. TUHAN maha pemurah.

Sahabat blogger semua, dah lama aku nak cakap ni. Tapi,,,

16 hari dah puasa. Seperti kebiasaan, setiap tahun aku akan mulakan proses mengemas rumah. Sikit2 je la kan, aku ni pemalas sebenarnya. Ni pun buat sikit, lepas tu duduk balik mengadap pc.

Dalam x sedar, aku suka juga menulis ni. Cuma, dah lama x tulis sendiri. Aku x perasan sebenarnya sampai la seorang rakan bukan blogger ni tanya kenapa aku banyak copy paste pula tiba2. So, bila aku fikir2 balik betul lah tu. Lagi hebat dia tanya kenapa banyak entry pasal agama? Dah aku ni Islam, ada Tuhan. Memang la buat sikit2 entry pasal agama. Nampak yang berkenaan aku copy je. Dengan niat ikhlas dan jadikan itu sebahagian dari dakwah. Untung badan, dikira sebagai amalan dakwah. Wallahualam.

Monday, August 15, 2011

Golongan Orang Yang Bersolat

“Mengapa ibadah solat tidak dapat menahan dari kemungkaran dan tidak membangunkan insan?”





Wednesday, August 10, 2011

4 Golongan Lelaki Yang Diheret Oleh Wanita Ke Neraka

1. AYAHNYA....
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
perempuan di dunia.dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti
mengajar solat,mengaji dan sebagainya.dia membiarkan anak-anak perempuan
tidak menutup Aurat.Tidak cukup kalau dengan hanya memberikan kemewahan
dunia sahaja.maka dia akan ditarik ke Neraka Oleh anaknya.

Tuesday, August 9, 2011

Ya ALLAH, kenapa aku dalam neraka?

Tuhan, kenapa aku masih berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah di masjid-masjid?

Saturday, August 6, 2011

Isteri Calon Syurga

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatandirinya. Wanita Islam yang bijaksana sentiasa mahu mencari keredhaan Allah dengan taat kepada suaminya dalam perkara yang bukan maksiat, berbakti untuk suaminya dan sentiasa berusaha untuk menggembirakan suaminya. Dia akan redha dengan kesusahan atau pun kesempitan hidupnya, sebagaimana yang telah dicatatkan dalam sejarah Islam unggulnya peribadi Fatimah r.a.

Wanita Islam yang benar, rela berkhidmat di rumah untuk suaminya dan dia tahu hak suami ke atasnya. Sesungguhnya ia adalah hak yang amat besar sebagaimana

Ibu kejut sahur terkejut anak gadis tidur dengan lelaki asing di bilik

Seorang ibu yang mahu mengejutkan anaknya untuk bersahur tergamam sejurus mendapati seorang lelaki tidur nyenyak bersama anak gadisnya dalam kejadian di Batu 18, Hulu Langat, kelmarin. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika ibu mangsa masuk ke dalam bilik tidur anaknya yang berusia 14 tahun untuk mengejutkannya.


Friday, August 5, 2011

Gambaran semasa kiamat. Bacalah jika anda manusia.

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat
Gambaran sahaja. Kiamat yang sebenar adalah lebih dasyat. Allahuaklam.

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Angkara Mesin Tebu.

 
MOHAMAD SUHAIMI hancur empat jari tangan kanan selepas tangannya tergilis mesin tebu di bazar Ramadan Jalan Raja Uda, Selasa lalu.
Pelajar hilang 2 jari, lelaki hancur tiga jari kanan

Kepala Wanita Dalam Sarung Bantal.

     POLIS menyita rumah selepas penemuan kepala wanita di Pangsapuri Astaria Taman Kosas, Ampang.
Susulan kes bunuh di Ampang

AMPANG: Polis menemui kepala seorang wanita ketika melakukan pemeriksaan lanjut petang semalam susulan penemuan mayat seorang lelaki di sebuah kediaman di tingkat lima, Blok Charyssa, Pangsapuri Astaria, Taman Kosas di sini, kelmarin.

Tips menjadi blogger otai, terkenal, dan ternama.

Nampaknya, dunia blogger Malaysia semakin berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Bila makin ramai yang dah ada blog, jadi persaingan tu mungkin lebih sukar. Memang tak dinafikan, rasanya setiap hari mesti ada blogger yang akan mencari-cari tips nak jadi jutawan dengan nuffnang, ataupun tips hendak menjadi blogger otai, atau bahasa lainnya blogger ternama.

Friday, July 15, 2011

Queen Elizabeth perli DS Najib ? Perli kasar lagi tu.

LONDON: Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his British counterpart David Cameron held talks at No. 10 Downing Street here Thursday as the two historically-linked countries moved to bring bilateral relations a notch higher.
The meeting was held in conjunction with Najib's four-day offial visit to the UK at the invitation of Cameron.
The two leaders held talks soon after Najib's arrival at the famed address in central London on a rather chilly day despite summer being in full swing.
But Najib was greeted warmly by Cameron, both of whom shook hands and posed for photographers and videographers before moving inside for their tete-a-tete followed by a luncheon hosted by the British prime minister.
Earlier, Najib

Monday, July 11, 2011

Islam dan Politik.

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com
Baru-baru ini, ramai rakan-rakan saya bersembang tentang politik. Terlampau banyak pendapat dan terus-terang tak tahu cara mana untuk terima semuanya. Jadi saya tidak mahu lah menyatakan pendapat tanpa membuat sedikit research. Dalam pencarian saya, terjumpa saya dengan satu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri kita. Katanya,
"Bila politik dicampur aduk dengan agama, bahaya." 
SubhanALLAH. Selepas dari itu saya cuba rujuk pada beberapa orang, dan entry dibawah ini adalah jawapan yang dikongsikan oleh sahabat saya Syhawal Sabri.

Thursday, June 23, 2011

Dakwah itu tuntutan yang terlalu besar.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan.". -Imam Hasan Al-Basri-

Tuesday, June 21, 2011

Wanita pertama masuk syurga.

Wanita Pertama Masuk Syurga...

Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti'ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah Puteri Nabi ?

Saturday, June 18, 2011

Memanglah tiada kepentingan, tapi sentiasa ada kebaikan.

Berapa hari lepas, ada seorang kawan saya ajak masuk pertandingan blogging anjuran rakan muda. Saya sekadar senyum aje lah. Memang lah saya ada blog, tapi bukannya saya hebat sangat dalam design blog ni. Blog biasa2 macam ni boleh lah. Tapi sebenarnya ada juga rasa nak join tu. Hehe. Dulu ada kawan saya yang masuk pertandingan macam ni dan menang.

Friday, June 17, 2011

Facebook dan kejayaan. *Bukan tag gambar duit tau*

Salam sejahtera rakan.

Tahu kah anda, Facebook boleh dijadikan tempat pengiklanan sendiri, untuk perniagaan anda sendiri? Tentu sekali boleh dijadikan sumber pendapatan anda.
Baca kisah di bawah ini,
Saya pernah memberikan pandangan kepada seseorang suatu ketika dulu, mungkin 1 tahun lepas, saya katakan kepada mereka, tidak kira samada kita ada bisnes atau tidak

Wednesday, June 15, 2011

Kalau banyak melayu macam ni, habislah!

Cerita ini ada kena mengena dengan yang hidup, sebab baru berlaku semalam. Tapi tiada lah kena mengena dengan yang telah meninggal dunia. Dahulunya, saya tidak gemar dengan kawan-kawan yang suka bercakap perihal melayu. Sebab saya tahu, ada juga diantara mereka yang tidak sama perihalnya dengan sejumlah besar yang lain.

Kenapa terlintas untuk saya menulis blog ini? Dengan tajuk yang agak sensitif sedikit. Ingat saya nak sangat ke tulis macam ni, berkata-kata hal yang sensitif. Saya tahu kebanyakan dari pembaca juga golongan melayu. Tapi awal-awal dan terus terang, ini tidak langsung melibatkan perkauman.

Cerpen : Perniagaan MLM dan kayu beruti.

Alhamdulillah, syukur pada TUHAN masih ada kekuatan nak menulis malam2 macam ni.  Dah lah lama sangat x menulis apa-apa. Lepas tulis cerita panjang2, nak juga rasa orang komen. Tapi tak ade, rase kurang semangat lah. Adoi. Tapi x pe la. Harap2 ade la yang baca post ni, komen2 la ye. =)

Cerpen kali ini bertajuk ;
_____________________

Kayu beruti bawah rumah.
_____________________
Hari ini saya ingin membincangkan dengan anda kenapa ramai orang yang menyertai perniagaan MLM (MultiLevel marketing, bisnes online, refferal program, affiliate program) biasanya berkesudahan dengan kehampaan. Kebiasaannya MLM lah. Kalau ada yang berjaya mendapat hasil tersebut dengan banyak sekali pun, ia hanya dapat dalam waktu singkat sahaja. Tetapi 99% biasanya habis duit daripada dapat duit......


Tuesday, February 22, 2011

Sibuk nak kahwin, sampai lama x update entry.

Assalamualaikum.

Baru lah saya sedar rupa-rupanya saya sendiri pun tidak datang menjengah blog saya sendiri. Banyak urusan lain kan. Sampai x sempat.

X lama lagi, saya akan berkahwin. Di Kuala Besut, Terengganu. Alhamdulillah.

Jemputlah datang ya?

Okay lah, jumpa lain masa ya? Saya sibuk nak kahwin ni. Haha. =P

Assalamualaikum. =)

Saturday, January 8, 2011

Cerita pasal cinta pun mesti ada unsur motivasinya bukan?

Assalamualaikum.

Hari ini, entah kenapa terdetik hati saya ingin menulis ttg sesuatu yg lain sedikit. Dulu pernah ada kawan saya yang minta tulis cerita ttg ini, tapi saya fikir pada masa itu cerita ini apa manfaatnya. Cuma hari ini saya tersedar, semua cerita mesti akan ada unsur positifnya. Ada motivasinya, terpulang pada kita bagaimana untuk menilainya.

Bila teringat balik, ramai juga kawan saya yg sibuk mengadu-ngadu kepada saya bagaimana sakitnya hati mereka bila cinta mereka didustai. Wah, ayat macam ayat telenovela bukan? Itulah dia yg saya terfikir sedari td. Tentang 'cinta' ini lah.

Saturday, January 1, 2011

Kenapa pasukan negara kita telah berjaya pun masih ada yg pertikai?

Salam semua. Apa khabar anda? Lama, sangat lama saya tinggalin blog ini. Haha. Saja saya cakap dialek Indon sedikit, sebab baru-baru ini kan pasukan negara kita telah mengalahkan mereka di pusingan akhir piala AFF Suzuki. Saya sangat terpesona dengan gelagat penyokong mereka. Lebih-lebih lagi saya terbaca artikel mengisahkan ttg taksubnya penyokong mereka di tanah air mereka sendiri. Dalam artikel itu, penulis pergi ke Indonesia baru-baru ini. Di mana saja, berkumandang lagu pasukan mereka. Lihat saja di Malaysia, bagaimana penyokong mereka. Saya sendiri rasa macam saya di Indonesia, bukan di Malaysia! Semangat mereka, bagaikan pasukan negara mereka berada di pentas piala dunia.

"Kenapa cerita pasal bola Irfan?". Kan saya dah cakap, apa-apa pun cerita, cari lah motivasinya. Yang baik, kan boleh dijadikan iktibar. Boleh dijadikan ilmu hidup kita.