Cerita ini ada kena mengena dengan yang hidup, sebab baru berlaku semalam. Tapi tiada lah kena mengena dengan yang telah meninggal dunia. Dahulunya, saya tidak gemar dengan kawan-kawan yang suka bercakap perihal melayu. Sebab saya tahu, ada juga diantara mereka yang tidak sama perihalnya dengan sejumlah besar yang lain.
Kenapa terlintas untuk saya menulis blog ini? Dengan tajuk yang agak sensitif sedikit. Ingat saya nak sangat ke tulis macam ni, berkata-kata hal yang sensitif. Saya tahu kebanyakan dari pembaca juga golongan melayu. Tapi awal-awal dan terus terang, ini tidak langsung melibatkan perkauman.
Elok lah dijadikan tatapan untuk muhasabah diri. Harapnya tuan/puan, adik, akak, pakcik atau pakcik dan siapa pun yang baca, jangan lah marah dan cakap saya lupakan kulit. Baca dulu lah entry saya ni.
"Baru-baru ni, saya baru saja tubuhkan group di facebook untuk Alumni rakan-rakan sebaya saya di sekolah." Saya yakin, dengan cara itu saya mampu mengumpulkan rakan-rakan. Rakan-rakan adalah rangkaian saya. Jika rangkaian ini dijaga elok, rangkaian ini akan memberi manfaat yang besar kepada kita. Asalnya, ramai kawan-kawan saya sembang-sembang dengan saya, "Irfan, jom la buat reunion." Saya cadangkan lah dekat mereka, kumpulkan kawan-kawan lama. Baru lah boleh buat. Kalau ada 4 kerat je nak reunion ape nye cik? Lepas dah saya cakap buat macam tu, cenggini, x de pun di antara mereka cuba buat apa yang saya suruh. Tapi apa yang mereka tetap bising2? "Jom la buat reunion."
Selepas dari tempoh yang lama, masih tiada juga diantara beratus bekas pelajar yang cuba untuk menyatu kan kami semua kembali. Jadi saya pun mengambil keputusan untuk memulakan langkah, mengeratkan kembali hubungan persahabatan di antara kami. Cara nya senang saja sebenarnya, cuma tindakan yang perlu dilakukan tu sajalah bagaimana. Kadang-kadang tindakan tidak mendatangkan hasil, jadi tukar lah tindakan itu. Cuma yang perlu diingat, kita boleh pilih tindakan tapi kita tidak boleh pilih hasil. Tapi cara nya senang saja. Pepatah inggeris pernah mengatakan, "Now, everybody on Facebook." Di mana lagi kita nak cari sahabat2 lama kita kalau bukan di Facebook? 10 juta rakyat Malaysia ada Facebook. Ini bukan tujuan promosi atau apa, tapi zaman sekarang ini Facebook bagaikan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan sehari-harian. Saya sendiri boleh tahu berita sensasi hari ini, boleh tengok siaran yang tak sempat nak tengok semalam, yang paling best, boleh jana pendapatan melaluinya!
Cara mudah untuk mengumpulkan sahabat2 lama di sekolah, buat group di Facebook, bukan fanpage. Kemudian invite kawan2 yang lain dan minta mereka invite lagi kawan2 yang lain.
Imbas kembali kenangan ketika di sekolah dulu, saya ni boleh tahan juga nakalnya. Kawan pun, dengan semua orang saya berkawan. Dari kelas paling atas sampai la kelas paling bawah, semua saya berkawan. Jadi bila ramai kawan, banyak juga la pengaruh, macam-macam pengaruh. Masa ni atas diri sendiri lah macam mana nak handle hasutan yang datang bertalu-talu. Walaupun kadang-kadang ada kawan-kawan yang suka buli kawan yang lain, kacau orang lain, saya pun dulu kena juga kacau. Tapi saya memang tak berdendam. Sampai sekarang ni pun, saya tak berdendam dengan sesiapa. Harap2 kalau ada kawan2 yang dendam-dendam dengan saya ni terbaca entry ni, buang lah dendam tu. Angkara syaitan semua amarah tu. Mari lah kita bermaaf-maafan. Takkan nak tunggu raya kot baru maaf-memaafi?
Ada sehari tu, ada lah kawan-kawan jumpa saya. Seronok la kami bersembang-sembang. Tapi, kan dah cakap, banyak bercakap banyak lah dosanya. Depa ni, aku tak paham betoi. Tak perabih nak mengata orang je. Asal ada masa je mesti nak cakap pasal si itu, si ini. Saya ni pun dengar aje lah cerita mereka yang saya tak tahu kebenarannya. Mula dia orang cakap pasal si fulan ni yang kuat membohong. Saya pun selalu kena bohong dengan dia, tapi saya biarkan je. Sekurang2nya dia ada pemikiran sampai ke tahap tu. Yang mengata tu? Saya pernah tuliskan pasal ini, baca lah di sini. FlipTheFlop.
Cerita yang ini seronok.
Dah habis sorang, sorang lagi di ceritakannya. Suka sangat lah mereka ni buka keaiban orang lain. Nanti kalau TUHAN tunjuk aib mereka depan orang ramai tahu lah. Tunggu je lah natijahnya. Sampai lah cerita terbaru, "Weh, Irfan. Kan ada budak buat group Sekolah kita tu. Ek'eleh belagak je, bla bla bla. Macam x de bende lain je nak buat, bla bla bla. Dan bermacam-macam lagi kutukan maut."
Saya masa senyum je, lepas tu rasa macam nak nyanyi lagu senyum, tak perlu kata apa-apa. Saya dengar je. Nak juga dengar orang kutuk depan-depan. Jarang2 kawan2 spesis ni nak kutuk kita depan2. Bila diorang dah habis mengata, baru lah saya explain. Lebih kurang gini la bunyi nye.
"Baru-baru ni, aku baru saja tubuhkan group di facebook untuk Alumni rakan-rakan sebaya kita di sekolah. Tujuan aku buat adalah untuk mengumpulkan kembali rakan-rakan. Sesuai dengan permintaan ramai nak adakan reunion dan apa-apa majlis gathering. Dari dulu aku tunggu x de pun orang nak buat. Yang sibuk bercakap je tapi kerja 1 ape pun x reti. Jgn buat kawen la orang macam tu. "Selepas di perli tu mungkin la mereka terasa. Tapi, mungkin. Tiada siapa boleh sedarkan mereka kecuali diri sendiri. Yang saya tulis tu pun versi pendek, sebenarnya panjang lah saya bidas dan terangkan pada kawan-kawan saya yang berhati suci mulia tu. Cukup lah cakap pasal mereka ni, kawan-kawan saya yang hebat2 belaka ni. Ini lah sifat melayu tipikal. Geleng kepala saya ni ha. Sentap hati mak nak.... Itu baru satu cerita.
Ini lagi satu cerita. Semalam ketika saya berniaga. Berniaga saja-saja petang2, isi masa lapang. Jual air, makanan ringan etc. Paling-paling tidak nanti boleh lah turunkan ilmu dekat adik saya yang ada 6 orang lagi tu. Lagipun dekat dengan kawasan permainan, ramai lah kanak-kanak main. Kita melengkapi demand penduduk lah kan. Bila dah petang-petang, ramai la yang datang. Kawan-kawan dan kawan punya kawan pun ada datang duduk sembang2 kat kedai saya tu. Pendekkan cerita, kawan saya yang sorang ni tibe2 teringat ttg entry saya yang cerita pasal indon jual air tu. Dia pun tanya lah, saya pun cerita balik lebih terperinci dekat dia. Tengah saya bercerita tu, saya terdengar la berapa orang kawan ni gelak2, mengata saya perlahan2. Tapi x cukup perlahan sebab dengar juga la dekat telinga saya ni. Mungkin diorang ingat saya ni dah pekak kot. Lepas saya dengar orang kutuk tu, lagi seronok saya habiskan cerita tu. Sebab saya tahu, mereka ni mesti nak cari bahan untuk dijadikan kutukan. Cerita indon jual air tu kalau anda nak baca boleh baca di jual air dapat RM21,000 sebulan. Sampai di hujung cerita, saya pun cakap yang lump-sum keuntungan orang indonesia yang menjual air tu mencecah RM21,000.
"Orang Indon jual air boleh dapat RM21,000 sebulan. Orang Melayu kesayangan kita ni pula tahu nak mengata, gelak2kan orang jual air. Akhirnya yang mengata ni karang makan pasir anak-beranak."Tak semena-mena bunyi gelak yang saya dengar tu hilang. Suara-suara yang bersembang tu terus senyap. Rasa nya dalam hati mereka, "Sentap hati mak nak". Haha. Tak sampai seminit mereka hidupkan enjin motor mereka dan terus hilang entah ke mana. Harap-harap pergi balik rumah terus lah. Tersedar diri, terus buat solat taubat. Kalau pergi tempat lain maki-maki saya, saya sentiasa memaafkan dan saya akan panjatkan doa supaya TUHAN berikan hidayah kepadanya. InsyaALLAH.
Ini lah sebabnya saya cakap. Kalau banyak orang Melayu macam ni, habislah!
Harap tiada yang tersinggung bila baca entry saya ni ye?
Assalamualaikum