Pages

Thursday, November 4, 2010

There is always something, that's 'made' something.

"OK, mula"

Walau untuk post yg pertama untuk sekian kalinya, mst de cacat cela. Dah 1st post, msti la ada kurang. Dgn kkurangn ni nnt, mst ade yg mengata. Ye lah, org kita kan. Buat itu salah, ini salah. Dia je lah yg betul. Padahal dia sendiri pun x betul. Pernah dengar "Typical Malayan" kan? So, hindar2kan lah dari sifat tipikal kita yg negatif. Ini bukan....... 

Oh ya.. Assalamualaikum semua. Saya budak baru belajar, kalau silap jgn lah kutuk. Bukan ke tegur-menegur lebih barakah dari kutuk-mengutuk. ? Tegur lah, tapi awal dari sekarang kalau andai ada salah bahasa, terlepas kata atau apa pun yg wat mana2 si fulan terasa hati, maaf kan la ye? 

Saya x pernah mengarang, diari pun x de. Apatah lg nak menulis blog untuk bacaan individu lain. Tapi, There is always something, that's 'made' something. 


"Untuk yang berkenaan sahaja"
........Ini bukan kerana copycat kawan yg blogging, nak jadi perfect, berlagak ada blog or wat so ever yg "orang kita" akan cakap. Saya ada kawan yg cuba berjinak dlm blogging, tapi terus di kutuk. Dia ni kuat menipu org kot, sbb 2 org x suka dia. Jd saya takut la kena kutuk jugak, mana lah kita tahu hati org kan. Mulut cakap lain, hati cakap lain, belakang pula apatah lg kan. Sekali diorang pun x suka saya, atau mungkin saya saja yg trauma? 

Dulu, saya sering dikritik, kutuk lah 2. Yg betul pun di salahkan, dan yg salah apatah lagi. Semuanya x kena. Tp, sbb kritikan itulah, I am what I am today. ;) Mmg la bukan kritikan yg mmbina, lebih kepada caci dan maki-hamun, tapi kita kan makhluk TUHAN yg pling smpurna. Di berikan akal fikiran. 

Bukan ke kita ni kreatif, racun boleh jadi dadah, dan yg paling hebat ni, motor 2 tayar boleh berjalan dengan 1 tayar. Hebat. ! Maksud saya, rata-rata kita ni semua boleh tukarkan sesuatu jd sesuatu yg lain. The main point is tukarkan negatif jp positif! Ya, semua kritikan yg pedas2 sekian dr dulu 2, saya x ambil hati sgt pun. Kata senang nya, tukarkan negatif kpd positif. Nak contoh lagi? Cuba ni, kalau mat rempit yg d bnci ramai ni d bg peluang berlumba atas trek. Sampai nnt diorg dah cukup hebat, kan boleh harum nama negara kita. Contoh saya je la, kalau x faham jugak boleh jumpa Dr. Fadhilah Kamsah. Ya! Fadhilah Kamsah lah yg saya cuba contohi, dalam memberi motivasi kepada org lain. Selain Nabi Muhammad S.A.W yg saya sanjungi keperibadiannya, kadang saya cuba contohi keperibadiaanya. Kerjaya pun saya ingin ikut sama seperti mana Baginda Rasulullah lakukan semasa hayatnya dulu.

Saya x pernah mengarang, diari pun x de. Apatah lg nak menulis blog untuk bacaan individu lain. Tapi, There is always something, that's 'made' something. 

Hari Jumaat yg lepas, balik je dari masjid asek terngiang2 satu ayat ni je. Biasanya orang kebanyakan kata "sharing is caring". Tapi ayat tu x de bg apa2 impak pun dlm hati. Lain pula yg saya dgar masa khutbah Jumaat 2. Ayat ni je. "Tidak akan sempurna iman kamu, jika kamu tidak berkongsi dengan sesama kamu". Berkongsi yg baik2 saja lah. Sebab tu lah cikgu tu semulia-mulia pekerjaan. Sebab ilmu yg diorg sebarkan tu, akan tersebar la sampai bila2. Macam 2 lah juga pahala diorg kan. Kita umat Islam sepatutnya sedia tahu cerita tu.

Haa, ini lah sebabnya kenapa saya menulis blog ini. Segala pujian hanya pada Nya. Syukran kerana membuka hati saya yg dulunya lebih pentingkan diri sendiri. Sekian dari tadi, asyik fikirkan nak cuba blogging, nak berkongsi macam mana saya dapat bangun bila masalah sentiasa dtg menimpa-nimpa. Tak habis satu, satu lagi.

TUHAN sygkan hambaNYA yg tabah.

"Recall"
Dulu, saya sering rasa yg saya ni mmg nasib nya sial. Kecil lg lah masa tu. Terbawa smpai ke zaman pra-matang. Loser, pesimis, apa lg la yg lebih kurang, itu lah saya masa 2. Kemudian konflik keluarga yg sgt besar impaknya dalam hidup saya. Sampaikan nak hidup pun rasa x daya dah. Sebab darah muda, x fikir panjang, lari dari rumah. X nak duduk dlm belenggu masalah. Oh ya, saya anak sulung dari 7 orang adik beradik. Beban anak sulung ni, anak sulung saja lah yg tahu. Lari, lari n lari sampai hidup pun x mnntu. Terikut gejala sosial rakan2 baru. Um, bila recall balik rasa sedih. Sebab saya tak tabah dgn ujian ALLAH S.W.T. Sampai satu hari, berkat doa Ibu barangkali, saya terbaca 1 ayat tafsiran al-Quran. Surah Yusuf, ayat 87. "dan jangan kamu berputus asa daripada rahmat dan pertolongan TUHAN itu, melainkan kamu kaum yg kafir". Jadi, saya pun balik dan laksanakan tggungjawab sbgi anak sulung. 

Alhamdulillah, berkat doa dan usaha, kemelut yg d alami berakhir juga. Walau macam tu pun, ttp ada kesan sampingan. Ekonomi lah, maksud saya. Kan saya cakap td, saya dah rasa macam hidup ni mmg malang untuk saya. Lepas satu, satu lagi masalah dtg. Tp alhamdulillah, semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Saya selalu bermonolog, "TUHAN saja bg ujian ni, nk tengok aku tabah ke x je". Semua manusia TUHAN uji, sbb TUHAN nk tgok hambaNYA tabah x. Sebab TUHAN sygkan hambaNYA yg tabah. 

Hidup ni, memang pelbagai jalan ceritanya. Setiap insan ada cerita masing2. Bezanya, ada x kamu atau kamu atau kamu ambil iktibar dari jalan cerita hidup sendiri? Pengalaman2 yg ada, adalah ilmu yg terbaik spnjang kehidupan nnt. Bukan saya nak cerita kisah hidup saya sgt. Kalau nak saya cerita lagi, panjang mungkin. Takut nnt kalian bosan pula. Tujuan saya cuma nk berkongsi macam mana saya cuba hadapi semua ujianNYA. Dan macam mana saya bgun bila kerap kali ditimpa masalah. Cuma x tahu sampai atau tidak mesej yg cuba saya smpaikan, sebab "masa"... Kalau la "masa" ni boleh di beli. Indahnya..

"Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian"
Kalau la "masa" ni saya boleh beli, boleh la saya buat apa pun walaupun saya x gunakan masa tu dgn sebaik mungkin. Tapi kenyataan nya masa, x boleh dimiliki. walau sesaat pun. Masa x kan tggu kita. Jadi kita lah kena kejar dia. Lagi satu, masa ni cemburu. Dgn saya pun dia cemburu. Faham kan? X apa lah, kalau ada masa lg nnt, ringan la tangan ni. InsyaALLAH.

Awal td saya dah cakap, ini post pertama saya. Jadi salah silap, tegur lah ya. Dan maaf jika ada terkasar bahasa untuk ini dan yg akan dtg mungkin, jika panjang umur. =) Assalamualaikum, jumpa lg ya? Banyak lg yg saya ingin kongsi, dan inginkan pendapat kawan2 juga. Tp nnt lah ye. Kite tggu masa yg sesuai. Ok, take care yaa ~~