Pages

Saturday, November 20, 2010

-minat saya pula, saya suka berkongsi cerita yg sebegini-

Hai, assalamualaikum. Kali ini, ini adalah entri ke-tujuh saya. Tapi dah lama x update, sbb x de mase sgt. kdg2 x dpt pun connect internet. Dengan kesihatan yg x menentu ni, yelah cuaca pun kejap panas kejap sejuk. Macam2 sakit boleh dtg. Jadi perlu lah kita untuk menjaga kesihatan kita. Semasa ini pun, saya x sihat sebenarnya, tapi x boleh lah nak mengeluh. Anggap lah ini cuma ujianNya sahaja.

Beberapa hari lepas, masa raya Haji saya pulang ke kampung halaman. Ramai org juga turut pulang sama ke kampung. Sampai sesak jalan raya. Tiba di kampung, dapat lah saya jumpa dengan kawan2 lama. Seronoklah asyik bersembang je. Yelah, dah lama x jumpa. Tapi, ada seorang kawan saya ni, bertanya sesuatu kepada saya. Oleh sebab jawapannya boleh di kongsikan, jadi saya pun masukkan dlm entri kali ini.



Kawan saya ni, bukan lah x bagus orangnya. Dia rajin, cuma belajarnya sahaja yg x bagus. Anda tahu kan org kampung macam mana rajinnya. Kerja2 berat semua mereka buat. Kawan saya ni, sampai satu masa dia pun dah jemu la buat kerja2 berat. Jadi dia pun tanya kepada saya, macam mana nak cari rezeki dengan cara yg lebih mudah. Saya ada banyak kawan2, saya jarang memilih kawan sebab semua manusia, sama saja tarafnya di sisi TUHAN. Saya ada kawan yg cuma ada SPM saja. jgn risau, taraf pendidikan anda tidak akan jadi taraf kehidupan anda. tapi, usaha yg anda lakukan lah yang akan menaikkan taraf hidup anda. jangan sekali2 lemah semangat. jangan cepat putus asa. balik pada cerita tadi, yg kawan saya tanya tentang bagaimana nak mencari rezeki. sedarkah anda, bahawa rezeki ada d sekeliling anda. anda keluar lah berjalan-jalan di luar, pandang lah sekeliling, sebenarnya rezeki ada d sekeliling anda. MANUSIA. manusia lah punca kekayaan kebanyakan manusia. tapi bukan dengan cara yg tidak elok. Bukan, mencuri, merompak atau meragut. Tapi, dengan urusan pertukaran matawang dengan produk anda. lebih senang, urusan jual beli. dan dengan siapa anda hendak berurusan? dengan pokok kah? motokar kah? Manusia bukan? Pandang lah sekeliling, ramainya manusia di sekeliling kita. Jadi, rezeki ada di sekeliling kita.

Ada seorang kawan saya, dia jumpa 1 botol yg kecil, masa itu kami di 1 pantai. dia pun ambil botol itu kemudian dia masukkan pasir ke dalam nya. Tiba2 dia terfikir untuk jadikan ia satu produk. dia pun beli botol yg kecil dalam 100 unit, kemudian dia cetak gambar KLCC dkt botol tu. dia ambil pasir dan dia warnakan. bila sudah siap, dia jual di Kuala Lumpur dengan harga RM10 satu botol. dengan warna pasir yg berwarna warni, dan cop KLCC, pelancong asing sudah tentu tertarik untuk membelinya. Kawan saya ni bukannya minat berniaga pada awalnya. Tapi, lepas dia tahu ini kerja yg lebih mudah, dia bertambah minat dalam berniaga.

Lagi, yg saya kongsikan bersamanya ialah tentang failure mindset dan success mindset. Apa yg telah saya pelajari, apa yg saya mampu kongsikan, saya kongsi.

failure mindset - workhard -> make money.
success mindset - do what u love -> make money.

Saya rasa ini adalah konsep yg tersangat mudah. Anda sendiri boleh fikirkan. Cuba kalau anda tidak minat mengajar, tapi anda kerja jadi pengajar. Sudah tentu anda tidak berapa semangat dalam tugasan anda. Pada masa itu, anda minat memasak sebenarnya. Jadi kenapa anda tidak menjadi tukang masak? Atau anda buka restoran anda sendiri? Sudah tentu anda akan seronok dengan apa yg anda buat kerana anda melakukan apa yg anda suka.

Tapi, jikalau minat anda tidak boleh mendatangkan apa2 kebaikan, carilah minat lain. Pertimbangkan kembali mana yg baik dan mana yg buruk. Jgn lah anda risau, kerana minat boleh datang kemudian. Tinggalkan minat anda yg lama itu, yg tidak mendatangkan apa2 kebaikan pun. Mungkin anda cuma suka enjoy saja, tanpa memikirkan masa depan anda. Nasihat saya, tinggalkan lah apa yg anda suka kalau hanya memberikan keburukan kepada anda. Kadang2 apa yg kita x suka pada waktu itu, itulah yg terbaik ntk kita. Tapi yg kita suka pula bnyk membawa keburukan. Ini bukan saya cakap suka-suka, saya terbaca 1 ayat tafsiran al-Quran, tapi saya x ingat surah apa dan ayat berapa.

-minat saya pula, saya suka berkongsi cerita yg sebegini-


Jadi, ini saja untuk entri kali ini. Jika ada masa lagi, boleh lah saya berceloteh lagi. Semoga anda semua sihat sejahtera, dan success dalam hidup..

Assalamualaikum. ~