Pages

Saturday, June 18, 2011

Memanglah tiada kepentingan, tapi sentiasa ada kebaikan.

Berapa hari lepas, ada seorang kawan saya ajak masuk pertandingan blogging anjuran rakan muda. Saya sekadar senyum aje lah. Memang lah saya ada blog, tapi bukannya saya hebat sangat dalam design blog ni. Blog biasa2 macam ni boleh lah. Tapi sebenarnya ada juga rasa nak join tu. Hehe. Dulu ada kawan saya yang masuk pertandingan macam ni dan menang.
Beliau hanya tahu guna editor dari blogger.com je. Saya ni reti la juga guna NVU dan beberapa software buat website yang lain. Tapi tak pe lah. Saya ada beberapa benda lain yang saya perlu utamakan dulu.

Bila dah sembang pasal blog, saya cerita lah blog saya ini tujuan nye untuk apa, apa kandungan yang saya akan utamakan untuk masukkan dlm blog dan sebagainya. Sampai la tiba-tiba ada satu kawan ni cakap pada saya, blog ni tak de kepentingan untuk aku. Bukan lah nak salahkan beliau. Itu dah memang apa yang dia rasa. Semasa itu yang saya fikirkan rokok yang dihisap mungkin kepentingan untuknya. Teman wanita juga mungkin kepentingan untuk beliau. Tangan di dada, mata ke atas. Saya tak tahu lah apa yang dia fikirkan.

Saya juga rasa blog tiada kepentingan bagi saya. Tapi tentunya ia ada kebaikan tersendiri untuk saya. Walaupun saya tiada asas pendidikan dalam bidang komputer ini, setidaknya saya berani untuk mencuba sesuatu yang baru, lebihan lagi yang membawa pada arah kebaikan. Mungkin pada satu masa yang akan datang ia bukan saja membawa kebaikan malahan ia akan jadi kepentingan pula. Siapa tahu kan. Jadi orang yang proaktif akan bertindak awal, beza dengan yang reaktif dimana bila dah masa sesuatu diperlukan baru la menggelupur nak buat tapi tak tahu nak buat macam mana.

Baru-baru ini, saya rasa macam nak cuba untuk memahami forex pula. Itu kan semua nya ilmu. Belajar lah apa-apa ilmu yang memberi kebaikan. Tentu dapat pahala. Tapi ingat, lebihkan pada kebaikan, bukannya kepentingan.

Sedikit tentang forex. Perkataan FOREX dipetik dari Foreign Exchange, iaitu pertukaran matawang asing oleh bank2 diseluruh dunia, berterusan selama 24 jam, 5 hari setengah seminggu.


Tentang website pula, saya belajar dengan youtube sahaja. Siapa lagi nak ajar kita dengan percuma? Yang peliknya mengapa dah ada yang percuma pun orang x nak? Mungkin tiada apa kepentingan untuk saya pada masa sekarang, tapi siapa tahu masa akan datang. Bayangkan lah kalau satu hari anda perlu mengupah web designer untuk design website anda. Jangan ingat upah buat website tu murah. Tapi tidak menjadi masalah kalau anda dah bersedia kerana anda adalah seorang yang proaktif. 
"Jadi proaktif. Jangan jadi reaktif."
Percambahan penggunaan internet di Malaysia kan semakin luas. sekarang ni tak perlu keluar rumah pun dah boleh tahu apa yang jadi bukan setakat di negara kita, malahan satu dunia lagi hanya dengan internet. Berapa ramai suri rumah yang saya kenal berjaya menjana pendapatan yang besar dengan internet. Suri rumah tu, yang laki2 muda yang kudrat pun kuat ni kalau dengar x berdarah ke hidung? Tak terasa ke diri tu?

Kalau dulu masa orang pakai handphone besar gedabak tu dah dianggap power. Itu pun sebilangan kecil je yang mampu beli. Berapa puluh tahun kemudian bukan setakat handphone yang lebih kecil, malahan pelajar2 sekolah pun dah mampu pakai. Cuba la kalau ada kawan anda yang langsung tidak reti guna handphone. Tentu anda rasa dia datang dari planet lain.

Begitu juga lah dengan dunia internet ini. Dalam masa 10 hingga 20 tahun akan datang siapa yang tiada email tu mesti dianggap pelik.

Ini lah saya, x habis nak mencuba-cuba. Kadang2 sifat ingin tahu tu tak terlawan rasanya. Ini yang dalam dunia internet, alam maya. Dekat dunia betulnya, jangan la terlalu nak mencuba-cuba. Ada yang perlu ada yang tidak. Tapi bila dikumpulkan saya memang ada banyak kawan-kawan. Dari yang baik, nakal hingga lah jahat. Yang baik ikut lah. Yg jahat jangan ikut.

Alhamdulillah, kalau cakap tentang website pula, saya tahu la sikit2 macam mana nak buat website, hosting apa yang bagus. Sedikit ilmu online dan offline marketing yang saya belajar dari buku, sifu dan master sifu saya. Saya rasa kalau ada siapa2 yang nak minta tolong saya ttg website atau apa2 pun yang saya boleh bantu, saya akan cuba bantu selagi ada upaya.

Cukup sampai sini saja lah ye? Pak cik saya nak kahwin esok, sibuk sedikit lah saya ni. Saya langkah bendul la kiranya kan. Haha. Pakcik saya pun dah mula menjejakkan kaki dalam dunia MLM. Banyak tips dan nasihat yang saya berikan padanya. Dan selagi mampu, saya ingin berikan tips2 dan panduan yang boleh menjayakan ramai orang lagi. InsyaALLAH.

Wassalam.