Pages

Friday, June 17, 2011

Facebook dan kejayaan. *Bukan tag gambar duit tau*

Salam sejahtera rakan.

Tahu kah anda, Facebook boleh dijadikan tempat pengiklanan sendiri, untuk perniagaan anda sendiri? Tentu sekali boleh dijadikan sumber pendapatan anda.
Baca kisah di bawah ini,
Saya pernah memberikan pandangan kepada seseorang suatu ketika dulu, mungkin 1 tahun lepas, saya katakan kepada mereka, tidak kira samada kita ada bisnes atau tidak
, buatlah beberapa akaun facebook dan tambah rakan setiap hari supaya menjadi 5,000 orang. Suatu hari nanti bila kita ingin membuat apa jua jenis perniagaan, akaun-akaun facebook tersebut akan menjadi satu eset yang penting didalam bahagian promosi kita, dan disebabkan ramainya bilangan rakan tersebut, promosi kita akan jauh lebih berkesan daripada orang lain.

Baru2 ini saya terkejut, seseorang menalifon saya dan dia berkongsi satu kisah kejayaannya menjalankan satu perniagaan MLM dengan penuh excited, berapa lama dia dah buat, berapa dia dah dapat, macamana dia gunakan facebook utk buat promosi, macam2 cerita lagi, saya teruja mendengarnya. Dia mengulang-ulang kata2 nasihat tersebut berkali2 kepada saya setiap butir perkataan yang saya pernah keluarkan, dan masyaAllah, dia boleh ingat setiap perkataan tersebut, sebab saya sendiri dah tak ingat lagi bila saya kongsi pendangan tersebut..... kagum saya kepadanya. Sekarang dia hanya menggunakan facebook untuk meningkatkan jualan MLMnya.
"He he ada juga orang pakai nasihat saya yang tak berapa boleh pakai tuuu.... saya suka merapu je."
Dan sebelum ini saya sering memberi pandangan, kalau nak berniaga melalui internet, tajamkan dahulu skill marketing, facebook juga salah satu teknik marketing yang berkesan. Tajamkanlah teknik marketing anda tu dengan menjadikan perniagaan orang lain sebagai mangsanya. Cuba jual dulu, kalau tak laku tak mengapa, sebab kita tak risau simpan stok, taklah terjadi rumah kita jadi longgokkan barangan yang hebat tapi tak laku, jenuh anak beranak makan "alat penjimat petrol'. Sebab terlalu excited nak jadi pengedar alat penjimat petrol terhebat abad ini, ianya dalam bentuk pil, masukkan dalam tangki minyak, gerenti minyak jimat. keluar duit simpanan banyak2 beli setengah lori. Jual pagi petang siang malam, upah orang dua tiga ribu buat website, promote sana sini, pamplet dah copy nak masuk 200 rem, habis semua kereta kena letak lepas solat jumaat kat viper dia, kesudahnya tak laku, Barang nak expired dah, untuk elakkan barang tu expired, tiap2 hari rebus lah, makan anak beranak, mahai tu nak buang, kurang2 buat ulam, ada gak hasil.

Ada sorang tu habis duit simpanan dan duit isteri dikumpulkan buat modal nak menjadi agent alat kuat tenaga batin untuk kebahagian pasangan suami isteri. Apa lagi, satu bilik dikosongkan khas untuk produk terhebat dalam dunia ni. Teorinya sapa makan pil ni, tenaga batin naik secara mendadak, macam viagra gamaknya. Yakin repeat sales akan tinggi, yakin rakyat malaysia akan mengubah nama setiap hari akan dipanggil malam jumaat dan dia akan menjadi pengedar ubat kuat yang berjaya dan kuat serta mempunyai isteri ramai (gamaknya itu kut salah satu cara promosi yang baik). Bayangkan dekat rumahnya, setengah bilik penuh dengan produk tersebut, maaaaaak ai, kalau macam ni banyak maut isteri dia, kalau saya jadi isteri dia, lama dah saya lari dari rumah, tak sanggup tuuuuuuuuu. Tapi apa kesudahannya, duit dah banyak habis buat promosi kat merata tempat, dekat surat khabar metro, dekat radio, pamplet tak payah cerita, website dah upah orang jugak, kesudahnya, barang tak berapa nak laku, pakatla ramai2 makan ubat tu, sayang kalau nak buang, ubat mahal, mana nak jumpa pil sebiji RM150. Makan satu keluarga, nak telan sayang, ubat mahal, jadi semua pakat kemam je ubat tu, sampai le habis meresap kat lidah je. Esok kecoh satu keluarga pergi klinik, semua lidah pakat keras kelu...............

"Ha ha ha."
Orang dah cakap, kalau nak buat bisnes cari bisnes orang lain dulu, dapatkan komisyen dari jualan tersebut, tak laku tak mengapa, tak rugi langsung.

Dalam contoh2 terdahulu saya selalu memberikan contoh untuk pandangan ini dengan mengambil cadangan menjual kereta baru atau terpakai, cari mana2 member yang ada used car, buat deal supaya anda dapat komisyen jika tolong jualkan kereta mereka didalam internet atau offline, jadi anda boleh test power marketing anda, dah power kebelum, kalau dah dapat buat sales tu maknanya power anda dah meningkat, kalau belum jangan nak menggatai jual barang sendiri. Kalau didalam internet pun boleh buat sale lagi bagus.

Saya terkejut dalam diam2 rupanya ada sahabat kita yang ambil idea ini untuk buat website dengan menjual kereta baru sebagai broker, terkejut saya.

Dan yang keduanya, satu lagi petua.
Kalau nak berniaga tak kira dalam internet ke atau offline,
CARI MARKET DULU BARU CARI PRODUCT, CARI PRODUCT DULU NAMANYA CARI PASAL,

nanti tak pasal2 satu keluarga keras lidah........ he he he