Pages

Saturday, January 1, 2011

Kenapa pasukan negara kita telah berjaya pun masih ada yg pertikai?

Salam semua. Apa khabar anda? Lama, sangat lama saya tinggalin blog ini. Haha. Saja saya cakap dialek Indon sedikit, sebab baru-baru ini kan pasukan negara kita telah mengalahkan mereka di pusingan akhir piala AFF Suzuki. Saya sangat terpesona dengan gelagat penyokong mereka. Lebih-lebih lagi saya terbaca artikel mengisahkan ttg taksubnya penyokong mereka di tanah air mereka sendiri. Dalam artikel itu, penulis pergi ke Indonesia baru-baru ini. Di mana saja, berkumandang lagu pasukan mereka. Lihat saja di Malaysia, bagaimana penyokong mereka. Saya sendiri rasa macam saya di Indonesia, bukan di Malaysia! Semangat mereka, bagaikan pasukan negara mereka berada di pentas piala dunia.

"Kenapa cerita pasal bola Irfan?". Kan saya dah cakap, apa-apa pun cerita, cari lah motivasinya. Yang baik, kan boleh dijadikan iktibar. Boleh dijadikan ilmu hidup kita.




Lain pula dengan rakyat kita sendiri. Bukan apa saya sebutkan cerita ini, saya cuma sedih. Dalam banyak yg memuji kehebatan pasukan kita, ada juga saya mendengar tohmahan yg tidak patut ada. Tergamam saya bila dengar yang tidak patut saya dengar. Apatah lagi untuk di sebut. Mengapa sering mereka sahaja yang betul? Maksud saya sesetengah kelompok orang ini. Apa lagi yg mereka tidak puas hati? Ada juga yg mencampur-aduk kan politik kerana tidak puas hati dengan pasukan negara. Mengapa tidak ada rasa bersyukur dalam diri mereka? Setahu saya, kita tidak menderita seperti mana negara-negara miskin yg lain. Matawang kita pun tidak rendah. Banyak lagi lah yg baik ttg negara kita. Tapi, apa lagi yg masih mereka tidak puas hati? Fikirkan balik, kalau anda adalah orang yg mengutuk pasukan negara kita, mesti anda selalu kritik ttg apa yg terjadi di negara kita. Anda mmg tidak suka kan Malaysia. Jadi semua yg ada di Malaysia, semua nya tidak betul bagi anda. Fikirkan lah betul atau tidak apa yg saya cakap. Kalau betul, maaf lah. Kalau tidak, Alhamdulillah..

Anda tahu kan, berbagai-bagai cerita mereka buat selepas pasukan Malaysia membelasah pasukan mereka 3-0? Penyokong suluh laser lah, tabur serbuk gatal dekat tiang gol lah, pakai dukun dan macam-macam lagi. Sampaikan Rajagopal pun mereka sebut "Raja Gombal". Apa lah salah Rajagopal tu, bukannya dia pergi tutup mata penjaga gol Indonesia. Tu lah sebab saya terpesona dengan ketaksuban mereka untuk menyokong pasukan mereka.

Tapi, anda faham x apa yg saya cuba sampaikan? Baiklah, dalam cerita saya tadi kan ada rakyat yg pasukan negaranya menang di pusingan akhir, tapi mereka masih tetap mencaci-maki. Lain pula dengan mereka dari Indonesia. Walaupun pasukan mereka kalah, tapi mereka tidak pula mengkritik pasukan mereka atas kekalahan kepada Malaysia 3-0. Memanglah orang cakap mereka tidak menerima hakikat, tapi yg dah menang ni pun kena kutuk. Kenapa? Haa, jawab lah.

Kita negara yg hampir maju, boleh dikatakan mmg sudah maju. Aman, tidak seperti negara lain yg banyak masalah. Saya minta paling tidak pun 5 minit dari anda. Lupakan parti politik yg anda undi. Lupakan kebencian anda kepada pemimpin yg anda tidak suka. Cuba lahirkan rasa kesyukuran, hidup di bumi yg aman dan damai ini. Bersyukur negara kita jarang sekali ditimpa bencana alam. Bersyukur dengan semua yg ada di negara kita. Kalau anda menerima dari sisi positif sesuatu perkara, anda tentu akan dapat sesuatu yg luar biasa. Kerana bila anda fikir sesuatu yg positif, sudah tentu anda yakin. Bila anda yakin, semua rintangan pun akan jadi terlalu mudah untuk anda.

Jadi, terima lah negara kita ini dengan penuh rasa bersyukur. Jangan lagi asyik mencari yg tidak cukup di negara kita. Nanti kalau dah bumi yg kita pijak ni x suka dekat kita macam mana.

Baiklah, sampai sini dulu. Kemudian nnt kita sambung lagi.
Assalamualaikum..