Pages

Saturday, January 8, 2011

Cerita pasal cinta pun mesti ada unsur motivasinya bukan?

Assalamualaikum.

Hari ini, entah kenapa terdetik hati saya ingin menulis ttg sesuatu yg lain sedikit. Dulu pernah ada kawan saya yang minta tulis cerita ttg ini, tapi saya fikir pada masa itu cerita ini apa manfaatnya. Cuma hari ini saya tersedar, semua cerita mesti akan ada unsur positifnya. Ada motivasinya, terpulang pada kita bagaimana untuk menilainya.

Bila teringat balik, ramai juga kawan saya yg sibuk mengadu-ngadu kepada saya bagaimana sakitnya hati mereka bila cinta mereka didustai. Wah, ayat macam ayat telenovela bukan? Itulah dia yg saya terfikir sedari td. Tentang 'cinta' ini lah.
Td pada mula saya x tahu kalau ingin tulis pasal cinta ni, apa yg saya nak tulis. Seronok bercinta ke, hampa ke, apa2 je lah. Saya tak tahu nak tulis apa. Just know, i cuma tulis saja. Biarkan spontan. Jadi harap maaflah kalau isi berterabur sedikit.

Cinta. Haa, itu hanya nama sahaja. Bila ada satu-satu nama, mesti ada definisinya. Mesti ada konsepnya. Mesti ada lah. Cuma jarang orang ambil peduli pasal hal ini. Kadang-kadang banyak yg kita salah definisikan. Jadi, itu kemudian lah. Kita balik pada tajuk.

Bagaimana cinta datang? Orang tua-tua cakap, dari mata turun ke hati. Faham kan dari mata turun ke hati? Yalah, org putih kata love at the 1st sight. Dan sekarang fikirkan balik. Kenapa org dulu cakap macam tu, orang sekarang tidak? Orang dulu, wanita nya senang sangat cari yg baik. X perlu risau sangat ttg perihal mereka. Tapi sekarang sangat lah berbeza. Kalau dah cantik 2, mesti susah sgt nak percaya mereka kan? Kalau betul jumpa yg baik, jujur tu susah. Bukan x ada. Cuma susah. Manusia berubah dengan masa. Ini lah apa yg terjadi. Bukan sahaja wanita yg cantik. Yg sederhana cantik pun kadang-kadang perangai tidak berapa elok. Saya bukan nak mengata ya, ini cuma sekadar renungan.

Bagi saya, saya suka faham kan konsep sesuatu perkara. "Konsep apa Irfan?". Kalau anda x faham, saya cuba terangkan sampai anda faham ya. Kalau tidak, anda boleh cari saya di facebook. Maksud saya di sini, kalau kita nak memasak, mesti lah perlu ada semua bahan2. Perencah dan apa semua. Kalau tidak cukup, macam mana dgn masakan itu nnt? Mesti tak sedap, tidak cukup rasa dan berbagai-bagai lagi. Itu memasak, kita nak bercakap soal cinta.

Saya nak tanya pendapat anda para pembaca, sebab ramai kawan2 saya yg bercinta. Tapi dalam pada masa yg sama dia boleh bercinta dengan satu orang yg lain! Wah, boleh ke macam tu? Cinta ke namanya? Haa, cerita yg macam ini pun ramai juga kawan saya mengadu bila kekasih hati nya rupa-rupanya main kayu tiga.

Saya cuba untuk berfikir dari cara pemikiran orang muda ya.

Kalau lah saya bercinta, saya akan fahamkan makna cinta itu betul-betul. Pertama sekali kalau bercinta mesti lah antara dua orang sahaja yg bercinta kan? Kalau lebih itu dah bukan cinta lah. Apa yg orang cakap sekarang ni? Budak-budak sekarang ni suka. Skandal kan? Saya pun x tahu apa bnda skandal tu. Hishh, dah macam artis. Bukan macam dah, artis pun kalah. Kalau lah saya bercinta, cinta saya hanya satu saja. Cinta kepada TUHAN itu mmg dah wajib lah. Ini cinta lain pulak. :) Sebab kalau bercinta, mesti lah perlu setia.

Bercinta kan untuk kita ada sesuatu yg berbeza dalam hidup kita. Sesuatu yg lebih istimewa kan?

Tapi kalau dah bercinta tapi asek sakit hati je macam mana Irfan?
Semua yg berlaku kan ada sebabnya, ada puncanya. Mula-mula, cari lah punca dahulu. Cuba selesaikan. Tapi kalau tak boleh, nak buat macam mana. Yg berlaku ada sebabnya. Jadi kalau dah keadaan macam itu, sebabnya adalah dia bukan lah yg sesuai untuk anda. Maksud saya, x payah lah bercinta dengan si dia. Untuk apa disayang-sayang kalau kan hati x puas aje?

Kalau lah saya bercinta, saya nak bercinta dengan kejujuran. Semua orang perlukan orang yg jujur kan? Kalau orang yg tidak jujur sekalipun dia mengharapkan untuk jumpa orang yg jujur. Sebab apa? Hahh. Tanya lah diri anda sendiri. Seronok ke kena tipu?

Oleh sebab ini adalah entri ttg cinta, kena lah jiwang sikit. Haha.

Saya pernah nampak ada lelaki yg bengis mukanya, ganas dan panas baran. Tapi bila dgn perempuan, lagi lembut dari kapas hatinya. Tu lah, cinta itu buta dan boleh membutakan.

Bagi saya, kalau anda ingin bercinta, biarlah kerana cinta, anda berubah menjadi lebih baik. Gunakan lah perasaan cinta anda itu sebagai sesuatu yg memotivasikan anda ttg kehidupan.

Saya tahu, ada yg cakap "buat apa bercinta, x elok". Tapi saya disini cuma ingin memberikan sudut pandangan yg lain. Kan semua sedia tahu bahawa setiap benda ada baik dan buruknya.

Saya ni pun dulu pernah juga rasa cinta-cinta ni. Saya pun kena tipu taw? Hahh, nak buat macam mana kalau dah orang macam tu buat apa saya nak fikir lagi. Baik saya tggu nnt, insyaALLAH akan datang yg lebih baik dari yg sebelum-sebelumnya. Orang cakap pada saya, "You deserve better".

Kalau lah saya bercinta, saya bercinta betul2. Sebab bukan cinta sahaja, apa sahaja  yg kita buat kita mesti kena buat betul2. Itu lah yang saya pegang. Kalau tak boleh buat betul2 pun, buat sampai jadi itu wajib. Tapi lebih elok la kalau buat pun sungguh2.

Saya pun tidak berapa tahu sangat cara orang muda ni bercinta. Bukan saya nak cakap saya tua, tidak. Sebab kalau saya nak bercinta, saya bukan nak bercinta macam orang muda sekarang. Saya nak bercinta betul2. Sebab saya nak buat sesuatu betul-betul.

Alamak, saya tercerita pasal kalau saya nak bercinta aje. Tapi saya sebut "KALAU". Apa-apa pun, kita perlu lah cinta kan TUHAN agama dan bangsa dulu kan?

Saya pun tulis dalam kadar spontan sahaja. Apa yg terlintas saya tuliskan. Jadi apa yg kurang, anda komen la ye? Saya bukan nak cerita ttg bagaimana nak mencari cinta sejati atau apa taw. Anda jangan salah faham.



Sampai di sini dulu lah kita ya?

Assalamualaikum semua.