Pages

Monday, July 11, 2011

Islam dan Politik.

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com
Baru-baru ini, ramai rakan-rakan saya bersembang tentang politik. Terlampau banyak pendapat dan terus-terang tak tahu cara mana untuk terima semuanya. Jadi saya tidak mahu lah menyatakan pendapat tanpa membuat sedikit research. Dalam pencarian saya, terjumpa saya dengan satu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri kita. Katanya,
"Bila politik dicampur aduk dengan agama, bahaya." 
SubhanALLAH. Selepas dari itu saya cuba rujuk pada beberapa orang, dan entry dibawah ini adalah jawapan yang dikongsikan oleh sahabat saya Syhawal Sabri.

 Islam dan Politik.


Islam adalah din (agama) yang diturunkan oleh ALLAH SWT kepada Rasulullah SAW untuk mengatur urusan manusia pada al-Khalik (ALLAH) seperti ibadah, solat, zakat, puasa, haji dan lain-lain. Untuk mengatur hubungan manusia dengan dirinya seperti akhlak, makan, minum, pakaian. Mengatur hubungan manusia sesama manusia seperti muamalah, ekonomi, sosial, politik, dasar luar negeri, uqubat dan lain-lain. Oleh kerana ALLAH SWT ciptakan makhlukNYA pasti ALLAH juga turunkan pengaturan untuknya seperti bumi yang beredar mengikut edarannya. Siapa yang mengatur edaran bumi dan planet2 lain? Mustahil lah kalau ALLAH cipta manusia tanpa ALLAH turunkan aturanNYA untuk kita. Makhluk ALLAH bersifat terbatas.

Islam mempunyai keunikan berbanding agama ataupun ideologi lain seperti dari segi wilayah ajarannya. Islam bukan sahaja agama yang mengurusi hal ruhiyah (spirtual@ibadah), tetapi Islam juga meliputi seluruh masalah politik (siasah) atau dengan istilah lain, Islam adalah aqidah spiritual dan politik. (al-aqidah ar-ruhiyah wa as-siasah).

Al-aqidah ar-ruhiyah
Al-aqidah ar-ruhiyah (aqidah spiritual) adalah aqidah atau ajaran yang mengatur masalah yang berhubung dengan akhirat seperti syurga, neraka, pahala, siksa dan dosa termasuklah didalamnya ibadah seperti solat, zakat, haji, puasa dan jihad.

Al-aqidah as-siasah
Al-aqidah as-siasah (aqidah politik) adalah aqidah atau ajaran yang mengatur urusan kehidupan seperti politik, ekonomi, sosial, pemerintahan, pendidikan, hukuman dan lain2. Kedua-dua aqidah atau ajaran tersebut, sama2 diasaskan berdasarkan satu aqidah yang sama yakni aqidah Islam. Islam boleh juga disebut sebagai agama dan ideologi, islam adalah ajaran yang mengandungi aqidah dan sistem (nizam) atau dalam istilah lain Islam adalah agama yang mengandungi syariah. Aqidah yang dimaksudkan disini ialah rukun iman yang enam, sedangjan syariah adalah kumpulan hukum2 syarak yang mengatur seluruh masalah manusia. Contoh ; Fardhu ain dan fardhu kifayah. Hukum Islam sememangnya cukup sempurna secara keseluruhan, cuma umat Islam kebanyakannya tinggalkan cara dan hukum Islam ini. Lebih teruk lagi ada juga yang sanggup mengkompromikan hukum Islam dengan hukum-hukum selain Islam.

Ideologi kemimpinan
Ideologi komunisme sudah lama jatuh tapi masih ada beberapa negara yang mengamalkan sistem pemerintahan itu contohnya Cina, dan Korea Utara. Sistem pemerintahan Kapitalisme pula mencakup hampir seluruh wilayah dunia termasuklah negara kesayangan kita, Malaysia. Kapitalisme beraqidah sekulerisme yakni pemisah agama dari kehidupan. Itu bermakna terpisahnya hukum Islam yang mencakupi aqidah spiritual dengan aqidah siasah (politik). Definisi Politik disini ialah mengatur urusan umat. Banyak sebenarnya definisi politik di ensiklopedia. Sayangnya, cara pemerintahan khalifah tidak sempat dikembangkan pada mana-mana negara sejak jatuhnya empayar khilafah uthmaniya tanggal 3 Mac 1924 yang lalu.

*Tapi lebih sayang lagi, Malaysia ku tercinta mengamalkan sistem Kapitalisme beraqidah sekulerisme yang memisahkan agama dari kehidupan seharian. Patut pun banyak kes buang bayi dan macam-macam lagi kat Malaysia ni. Nak salahkan siapa? Tepuk dada tanyalah hati sendiri.

Assalamualaikum..