Dah lama x update. Lepas banyak hal sangat ni memang malas. Bukan x ada masa tapi sangat malas. Sebenarnye ni nak tulis pun malas. Tapi excited punye pasal aku tulis jugak.
Selepas ape yang jadi, ada sedikit perkara yg perlu untuk aku ambil perhatian.
Selepas ape yang jadi, ada sedikit perkara yg perlu untuk aku ambil perhatian.
- 3 bulan sebelum due date, jangan tinggal isteri selalu.
- 3 bulan sebelum due date, layan isteri lebih istimewa, sampai kalau nak pg toilet pun pimpin.
- Dan yg paling penting sebenarnye, hati2 lah kat tempat yang licin.
X payah la cakap banyak. Nak cerita pun malas, cukup semua dah selamat. Kelegaan aku ni agak nye sampai keturunan aku yang ketujuuh pun diorang masih boleh sama2 rasa agaknya. Syukur.
Dan syukur lagi, aku dah menjadi seorang ayah. So dibawah nanti adalah gambar2 anak perempuan sulungku, Nur Lisa Qaisara. Nama yang dipilih oleh aku lah, siapa lagi. Hehe. Isteri sakit beb, x larat nak fikir la tu. Sebab cerita nya, dia x sempat berhati-hati kat tempat licin. Tp alhamdulillah dah selamat.
Ramai yang nak tengok gmbar baby, so aku akan upload kan dekat sini. X nak la dekat facebook. Rasa macam menunjuk sangat pulak. Lagipun nnt kantoi la aku dah x bujang lagi. Haha.
Sedikit sahaja gambar Lisa Qaisara. Nak tengok lagi datang la umah. Jangan lupa bawa hadiah. :P
Syukur sangat2 semua dah selamat. Pada ibu2 yang mengandung tu, jaga diri dan kandungan elok2. Sentiasa berhati2. Jangan sampai terjadi perkara yang x diingini. Aku ni cuma bernasib baik. Syukur Alhamdulillah.